Skip to playerSkip to main content
Menurut Mujibu, peluang terbaik parti untuk menangkis sentimen identiti adalah dengan mengalihkan gelanggang perdebatan daripada retorik kaum dan agama kepada isu ‘periuk nasi’ rakyat.

#PRNMelaka #MelakaMemilih

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sentimen Melayu-Islam dilihat kekal sebagai arus dominan yang mencorak pemikiran sebahagian besar pengundi menjelang hari kemuncak pilihan raya negeri
00:08Melaka pada 14 November.
00:11Fellow penyelidik di Ilham Center, Mujibu Abdul Muiz berkata,
00:14naratif penyatuan tersebut diperhatikan terus memberi kelebihan kepada barisan nasional dan PAS untuk mengukuhkan penguasaan di negeri hangtuah itu.
00:24Mungkin dalam aspek ini saya masih lagi melihat sentimen Melayu-Islam itu tetap tinggi di Melaka dan penyatuan undi itu
00:34berenggali akan menjadi kelebihan kepada BN PAS dalam konteks itu.
00:39Menurut Mujibu, benteng sentimen identiti itu tidak mustahil untuk ditembusi parti pesaing seperti Pakatan Harapan mahupun Calon Bebas.
00:48Menurut Mujibu, peluang terbaik parti lawan untuk menangkis naratif berkenaan adalah dengan mengalihkan gelanggang perdebatan daripada retorik kaum dan agama
00:58kepada isu periognasi rakyat.
01:00Jelasnya pengundi hari ini semakin mendambakan penyelesaian konkret terhadap masalah kos sara hidup, peluang pekerjaan, isu perumahan, pengurusan banjir serta
01:11kelemahan infrastruktur setempat.
01:13Parti-parti politik berenggali perlu kembali kepada isu-isu setempat kerana isu-isu setempat ini adalah isu yang real kepada
01:22setiap penduduk dan ini bagi saya adalah isu yang praktikal yang mereka mahu penyelesaian itu dilakukan secara tuntas.
01:32Bukan sekadar janji umum ataupun satu retoriker politik yang berlaku dalam setiap peneraya.
01:39Selain itu, sokongan blok pengundi atas pagar dan golongan muda juga wajar direbut berikutan saiz kelompok mereka yang signifikan serta
01:48tidak terikat tegar kepada sentimen perkauman lama.
01:52Terima kasih telah menonton!
01:54Terima kasih kerana menonton!

Recommended