00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggesa sekatan bantuan kemanusiaan ke Gaza ditarik balik segera.
00:06Ini selepas hujan lebat dan banjir yang telah menyebabkan kematian serta memusnahkan kawasan perlindungan penduduk baru-baru ini.
00:15Timbalan Jurucakap PBB Farhan Haq berkata pihaknya menerima laporan mengenai seorang bayi yang lemas dalam kecedian banjir tersebut.
00:24Beliau turut maklumkan tiga kanak-kanak dan sekurang-kurangnya seorang wanita terbunuh selepas sebuah bukit pasir runtuh ke atas kemah
00:31yang mereka diami.
00:33Menurutnya pasukan bantuan sedang mengepam keluar air, memperbaiki saliran dan mengakhirkan bekalan kecemasan tetapi mereka tidak mempunyai peralatan dan bahan
00:42perlindungan yang mencukupi.
00:44Organisasi kemanusiaan sedang berusaha membantu mangsa banjir namun berdepan kekurangan peralatan dan bahan perlindungan asas.
00:52Farhan juga mengakui bahawa jumlah tempat perlindungan yang berjaya dipermasuk ke Gaza setakat ini masih belum mencukupi.
00:59Selain kekangan akses, pertubuhan kemanusiaan antarbangsa turut berdepan masalah kekurangan dana bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat.
01:07Terima kasih telah menonton!