Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Dalam temu bual bersama CNN pada Ahad, beliau berkata tindakan ketenteraan tidak lagi diperlukan susulan operasi yang dilaksanakan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata kemungkinan berlakunya konflik ketenteraan baharu dengan Iran adalah rendah buat masa ini
00:08selagi rundingan antara kedua-dua pihak menunjukkan perkembangan positif.
00:13Dalam temubual bersama CNN, beliau berkata tindakan ketenteraan tidak lagi diperlukan, susulan operasi dilaksanakan Amerika sebelum ini.
00:25Trump bagaimanapun berkata sebarang usaha mengelakkan peningkatan ketegangan bergantung kepada kesediaan Iran menerima syarat perjanjian yang sedang dirundingkan.
00:35Beliau turut mendakwa konflik dengan Iran menjadi antara faktor yang menyumbang kepada prestasi kurang membangsangkan parti Republikan dalam pilihan raya
00:43pertengahan penggal yang berlangsung minggu lalu.
00:46Trump juga mendakwa tekanan ekonomi yang dihadapi Iran akan mendorong negara itu menerima penyelesaian yang dicadangkan dalam rundingan berkenaan.
00:56Sementara itu, Menteri Luar Iran Abbas Araji berkata rundingan damai ditangguhkan sementara bagi menilai implikasi politik, susulan keputusan pilihan raya
01:05di Amerika.
01:07Menurut beliau, pihaknya sedang memantau perkembangan semasa sebelum menentukan langkah seterusnya dalam proses rundingan.
01:13Dalam perkembangan berkaitan, pasaran tenaga global menyaksikan harga minyak mentah merosot sehingga 16% minggu lalu,
01:22susulan keyakinan pelabur terhadap kemungkinan pengurangan ketegangan di rantau itu.

Recommended