00:00Pengalaman berdepan banjir setiap monsoon timur laut menyebabkan suri rumah Musfirah Sidik menempatkan hampir semua perabot dan barangan di tingkat
00:09atas rumahnya yang terletak di kampung paya besar Hulu Terengganu.
00:14Musfirah berkata tingkat bawah rumah hanya mempunyai beberapa perabot seperti kerusi kayu untuk tetamu dan dapur yang digunakan sebelum monsoon
00:23manakala barangan lain seperti katil serta almari pakaian tidak pernah diturunkan.
00:33Sejak tinggal di rumah itu pada 2013 dan berdepan bencana banjir, dia sekeluarga membuat keputusan memindahkan barang ke tingkat atas
00:42yang dilengkapi kemudahan tandas dan dapur.
00:45Ketika ditemui bernama, keputusan itu juga dilihat tepat apabila dia tidak lagi berupaya mengangkat atau membersihkan rumah selepas menghidap kanser
00:54Tyrod sejak dua tahun lalu.
00:57Ibu kepada enam anak berusia sebelas hingga dua tahun itu berkata, rumahnya pernah dinaiki setinggi tiga meter kerana kedudukan yang
01:06hanya kira-kira satu kilometer dari Sungai Berang.
01:10Pada ahad, Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa kawasan di Kelantan, Pahang, Sabah dan seluruh Terengganu hingga Rabu ini.