Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Pelantikan Eneng Faridah Iskandar sebagai Pengerusi Jawatankuasa 5 ITU PP-26 cermin keyakinan global terhadap keupayaan berkecuali Malaysia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pelantikan wakil Malaysia sebagai pengerusi jawatan kuasa 5 pada persidangan Plani Potentiary Kesatuan Telekomunikasi Antarbangsa atau ITUPP 26 di Doha
00:12mencerminkan keyakinan dunia terhadap kredibiliti negara.
00:16Pengurusinya, NN Faridah Iskandar berkata, pelantikan berkenaan bukan sekadar pengiktirafan peribadi
00:21tetapi pencapaian negara yang dilihat sebagai pihak berkecuali serta mampu mengimbangi kepentingan pelbagai pihak.
00:31Beliau yang juga timbalan pengarah Urusan Pembangunan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau MCMC
00:38merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana mengangkat namanya bagi menggalas amanah berkenaan.
00:44Dan saya rasa itu bukan sahaja satu kejayaan, merupakan kejayaan negara sebenarnya
00:51kerana Malaysia ini dilihat sebagai satu negara yang berkecuali dan boleh menerima pandangan ke semua pihak.
00:58Jadi tugas sebagai pengurusi ini sebenarnya kita perlu mengimbangi kepentingan dan keinginan semua pihak.
01:06Jadi kita harus berlaku adil.
01:09Jawatan Kuasa 5 atau Jawatan Kuasa Dasar dan Perundangan merupakan komiti substantif utama
01:14yang bertanggungjawab membincangkan cadangan dasar serta peraturan telekomunikasi antarabangsa.
01:19Bagi persidangan edisikal ini, lebih 95 cadangan melibatkan lebih 40 resolusi telah diterima untuk diteliti sebelum dikemukakan kepada persidangan penuh.
01:32Jadi antara cabaran utama sebenarnya ialah untuk menjadi mediator ke pelbagai pihak.
01:40Jadi bagaimanakah kita hendak mencapai persetujuan?
01:44Sebab ITU ini adalah berdasarkan konsep persetujuan.
01:47Jadi itulah antara cabaran yang penting yang perlu saya pikul sepanjang mesyuarat PP ini.
01:55Delegasi Malaysia ke persidangan itu PP26 diketuai Menteri Komunikasi Datuk Serifah Mifadil
02:01dengan misi mempertahankan kerusi dalam majlis ITU bagi penggal 2027 hingga 2030.

Recommended