00:00Israel mendakwa misi ketenteraannya terhadap Iran masih belum selesai sambil mengulangi tuduhan Tehran sedang berusaha memulihkan semula program senjata nukliannya.
00:10Perkara itu dinyatakan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, ketika negara haram itu terus ditekan dengan ketidakstabilan politik dalaman serta operasi
00:18ketenteraan di beberapa wilayah.
00:24Katz menegaskan Israel tidak boleh menerima ancaman itu dan kini bertekad untuk mengambil tindakan proaktif termasuk melancarkan serangan.
00:31Bagaimanapun beliau tidak mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong dawaan Iran, kini berusaha membina semula keupayaan nuklear.
00:38Pada 27 Oktober lalu, Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa IAEA Rafael Grossi mendedahkan pihaknya tidak mengesan sebarang usaha Iran untuk
00:48membaiki atau membina semula fasiliti nuklear.
00:51yang rosak akibat serangan Amerika Syarikat dan Israel.
00:55Teheran sebelum ini berulang kali menegaskan, dawaan Israel itu adalah tidak benar.
01:00Dalam kenyataan sama, Katz menegaskan tentera Israel tidak akan berundur dari kawasan yang diduduki di Gaza, Lubnan dan Syria selain
01:08memberi amaran Hezbollah akan menerima serangan hebat jika menyertai Iran menyerang Israel.
01:14Kenyataan Menteri Pertahanan itu hadir ketika pemimpin pembangkang Gadi Eisenkot sedang berusaha membentuk kerajaan baharu selepas blok sayap kanan Perdana
01:23Menteri Benjamin Netanyahu kehilangan majoriti parlimen.
01:30Terima kasih telah menonton!