Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Saluran paip minyak Timur-Barat Arab Saudi menjadi sasaran serangan di Medina, namun operasi tidak terjejas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Saluran pipe minyak timur barat milik Arab Saudi dilaporkan menjadi sasaran serangan di wilayah Madinah pada Isnin menyebabkan satu kebakaran
00:09berlaku.
00:10Bagaimanapun, seorang pegawai Kementerian Tenaga Arab Saudi mengesahkan insiden itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kematian.
00:20Menurutnya, saluran pipe tersebut tidak terjejas dan operasi berjalan seperti biasa.
00:25Pasukan Tindak Balas Kecemasan dan Tenaga Teknikal Khas dilaporkan segera digerakkan ke lokasi bagi mengawal keadaan dan memastikan keselamatan kawasan
00:34terlibat.
00:35Pihak berkuasa bagaimanapun tidak mendedahkan perincian lanjut mengenai bentuk serangan atau pihak yang bertanggungjawab.
00:42Insiden itu berlaku di tengah ketegangan yang berterusan antara gabungan pimpinan Arab Saudi yang menyokong kerajaan Yemen dan kumpulan Houthi.
00:49Sejak beberapa tahun lalu, kumpulan berkenaan dilaporkan berulang kali melancarkan serangan peluru berpandu dan drone ke arah wilayah Arab Saudi.
00:59Saluran pipe Timur Barat itu merupakan antara infrastruktur tenaga strategi Arab Saudi yang menghubungkan kawasan pengeluaran minyak di timur negara
01:07itu dengan pelabuhan di pantai Laut Merah.
01:09Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended