00:00Kementerian Dalam Negeri KDN tidak mahu mengambil risiko berdepan isu salah tahan jika pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri
00:09Datuk Seri Najib Razak dilakukan tanpa penjelasan lanjut berhubung tafsiran perintah mahkamah.
00:15Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasir Tuan Ismail berkata perbezaan tafsiran antara perintah pelepasan mahkamah dengan keputusan lembaga pengampunan perlu diperjelaskan
00:26terlebih dahulu. Ini bagi memastikan pelaksanaannya tidak bercanggah dengan lunas undang-undang.
00:35Saifuddin berkata kekeliruan timbul susulan penggunaan istilah discaj atau pelepasan dalam perintah mahkamah yang menurut tafsiran KDN membawa maksud berbeza
00:46daripada pelaksanaan tahanan rumah.
00:49Katanya jika Najib menjalani tahanan rumah, Jabatan Penjara masih mempunyai kuasa terhadap bekas Perdana Menteri itu.
00:56Hal itu kerana beliau masih perlu menjalani baki hukuman namun lokasi tahanan dipindahkan ke primis yang diwartakan.
01:07Dari segi bahasa undang-undang, pelepasan bermaksud penjara tak ada autoriti apa lagi lah?
01:12Tak ada lah, tak ada lagi.
01:14Kalau tahanan rumah, penjara masih ada autoriti.
01:17Tapi kalau pelepasan, penjara tak ada autoriti.
01:20Di satu sisi, kita dikendaki melaksanakan tahanan rumah.
01:24Bermaksud rumah itu diwartakan.
01:26Dengan pewartaan itu bermaksud Jabatan Penjara masih ada autoriti.
01:31Masa Dato' Si Najib, statusnya adalah menjalani baki hukuman.
01:34Cuma kita transfer dari Kajang ke lokasi di mana kita wartakan.
01:41Dalam pada itu, Saifuddin menegaskan KDN tidak pernah membantah keputusan lembaga pengampunan.
01:48Sebaliknya menghormati keputusan berkenaan dan mahu memastikan pelaksanaannya dibuat mengikut proses undang-undang.
01:56Terdahulu, Jabatan Peguam Negara memaklumkan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib ditangguhkan sementara
02:04sehingga penelitian dan penjelasan lanjut mengenai tafsiran perintah pengampunan bersyarat
02:09serta kesan perintah pelepasan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi selesai.