00:00Pengalaman menghadapi banjir besar pada 2014 menjadi paduan penting kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JPPM Kelantan dalam memperkukuh kesiapsiagaan
00:09menghadapi kemungkinan bencana besar pada masa hadapan.
00:13Pengarahnya Farhan Sufian Borhan memberitahu banjir besar yang melanda negeri itu 12 tahun lalu memberikan pengajaran berharga kepada pasukan penyelamat
00:21dalam menguruskan bencana berskala besar.
00:27Menurutnya keluasan kawasan terjejas ketika itu menyebabkan keupayaan pasukan penyelamat di peringkat negeri menjadi terhad dan memerlukan bantuan daripada negeri
00:35-negeri lain.
00:36Walaupun setiap balai bomba mempunyai pelan kesinambungan perkhidmatan bagi memastikan operasi dapat diteruskan ketika banjir, skala bencana pada 2014 melangkaui
00:45kemampuan biasa.
00:46Sehubungan itu konsep regional forward base turut dilihat sebagai antara pendekatan penting bagi meningkatkan keupayaan tindak balas sekiranya banjir besar
00:55berulang.
00:56Tambahnya tempoh 1 hingga 6 jam pertama selepas bencana berlaku merupakan fasa paling mencabar kerana melibatkan lambakan panggilan kecemasan dan
01:05pergerakan aset ke kawasan terjejas.
01:07Namun tegas beliau latihan berterusan perancangan rapi dan penyelarasan antara agensi mampu mempercepatkan tindakan menyelamat serta mengurangkan kekeliruan ketika operasi
01:17dijalankan.
01:19Kenyataan itu dibuat sesuatu amaran hujan berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, MED Malaysia melibatkan beberapa kawasan di Kelantan hingga
01:27Rabu.