00:00Pasukan perunding Ukraine akan menyertai rundingan tiga hala bersama wakil Rusia dan Amerika Syarikat di Abu Dhabi pada Selasa dan
00:08Rabu.
00:08Menurut Ketua Perunding Ukraine, Rustem Umarov, rundingan itu menyasarkan keamanan berkekalan, jaminan keselamatan serta peluang pemulihan negara itu selepas perang.
00:19Menerusi hantaran di Ex pada Isnin, beliau memaklumkan wakil United Kingdom, Perancis, Jerman dan Itali turut akan berada di Abu
00:27Dhabi bersama pegawai NATO dan Suruhanjaya Eropah.
00:31Ukraine juga merancang mengadakan pertemuan penyelarasan berasingan dengan rakan Eropahnya.
00:37Sementara itu, Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov berkata, keselamatan Rusia, Ukraine dan seluruh rantau menjadi agenda utama pertemuan berkenaan.
00:45Menurutnya, Moskow mengalu-alukan pendekatan Amerika Syarikat yang memberikan keutamaan kepada isu keselamatan dalam usaha menyelesaikan konflik tersebut.
00:55Lavrov berkata terdapat persefahaman bersama bahawa rundingan itu bertujuan mencapai persetujuan mengenai prinsip yang akhirnya akan menjadi sebahagian daripada penyelesaian
01:04menyeluruh.
01:05Pertemuan di Abu Dhabi itu akan menjadi rundingan tiga hala pertama antara Ukraine, Rusia dan Amerika Syarikat sejak Februari.
01:15Terima kasih telah menonton!