00:00Sementara itu, Rusia menolak cadangan genjatan senjata terhad di Ukraine ketika usaha diplomatik diteruskan menjelang rundingan baru di Abu Dhabi
00:08minggu ini.
00:09Duta Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Vassilin Nebenzia berkata,
00:13Moskow tidak akan bersetuju dengan sebarang langkah yang hanya membekukan konflik tanpa penyelesaian menyeluruh.
00:19Menurut beliau, Rusia mahu sebarang perjanjian mengambil kira isu keselamatan yang dibangkitkan Moskow termasuk hubungan Ukraine dengan negara-negara barat.
00:27Sementara itu, Amerika Syarikat menggesa kedua-dua pihak menghentikan serangan ke atas infrastruktur tenaga, rantaian bekalan makanan dan pusat pengagihan
00:36bantuan kemanusiaan.
00:37Washington berkata pelindungan terhadap kemudahan awam perlu menjadi keutamaan bagi mengurangkan kesan konflik ke atas rakyat biasa.
00:45Amerika Syarikat turut optimis bahawa rundingan tiga hala yang bakal berlangsung di Abu Dhabi mampu membuka ruang kepada perjanjian damai
00:52yang berkekalan.
00:57Terima kasih telah menonton!
00:59Terima kasih telah menonton!