Skip to playerSkip to main content
Inisiatif kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka dalam tempoh pentadbiran mereka dari 2018 hingga 2021 akan disambung semula jika berjaya membentuk kembali kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri 14 November ini.

Pengerusi PH Melaka dan calon PH DUN Bukit Katil, Adly Zahari berkata, ia termasuklah sistem kad kesihatan untuk B40, perumahan percuma kepada golongan sasar, dan penubuhan jawatankuasa Melcat, selain had Ketua Menteri selama dua penggal.

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dia memang kalau kita lihat, antara yang memang kita akan teruskan adalah rumah peduli kita.
00:06Kerana kita yakin bahawa sebahagian daripada rakyat itu memang tak mampu untuk membina rumah.
00:11Mereka perlu dibantu oleh kerajaan dan kita tahu bahawa kerajaan di pingkat persekutuan juga ada program rumah untuk rakyat.
00:17Dan kerajaan negeri harus melaksanakan. Itu adalah sebahagian komitmen kita.
00:22Nanti kita akan pada minggu depan kita akan umumkan jumlahnya dan inisiatif yang kita nak buat.
00:27Yang kedua adalah rumah sewaan untuk generasi Buddha.
00:31Terutamanya mereka yang baru berumah tangga.
00:33Dulu kita sebut tentang rumah berkat.
00:36Cuma sekarang ini adalah kita akan lihat kembali bahawa rumah berkat ini memang harus kita laksanakan.
00:43Kerana generasi muda yang baru berkahwin, biasanya dalam tempoh 5 tahun mereka ada kekangan kewangan yang agak besar.
00:49Kerana biasanya kadang-kadang ada anak-anak.
00:51Biasanya 5 tahun paling tidak pun sebahagian keluarga itu ada seorang, dua orang anak.
00:55Jadi mereka mempunyai tanggungan yang agak besar.
00:59Dan ini mesti dibantu dengan kadar sewaan rumah yang lebih rendah.
01:02Kerana kita tahu bahawa sebahagian daripada kita lihat bangunan-bangunan kita di Melaka ini memang boleh dimanfaatkan sebagai rumah berkat
01:10untuk generasi muda.
01:11Yang perlu kita buat adalah kita upgrade sebahagian yang sediada dan mungkin kita boleh manfaatkan untuk generasi ini.
01:17Sebab itu bagi saya perumahan antara benda yang kita berikan tumpuan dalam kita punya aspirasi Pakatan Harapan.
01:27Di samping yang memang kita akan memberikan fokus adalah rumah kuasa rendah.
01:31Dalam semua projek pembangunan di negeri Melaka ini memang disyaratkan mesti ada rumah-rumah kuasa rendah.
01:38Jadi cuma persoalannya rumah kuasa rendah ini selalunya dibangunkan dalam fasa-fasa akhir yang menyebabkan sebahagian daripada fasa akhir itu
01:47tidak dilaksanakan.
01:48Dan ini kita akan memang dalam PH 1.0 dulu dikala kita memimpin 2018-2019, kita telah menukar syarat-syarat
01:58ini supaya ianya dimulakan di peringkat awal.
02:01Memang pemaju akan mengatakan bahawa mereka perlu modal, mereka perlu keuntungan untuk melaksanakan rumah kuasa rendah.
02:07Tapi mereka boleh merubah fasa mereka.
02:10Jadi maknanya fasa pertama mereka boleh selarikan antara pembangunan rumah-rumah yang kuasa darhana ataupun rumah-rumah yang mempunyai kuasa
02:19yang lebih tinggi dengan rumah-rumah kuasa rendah ini.
02:22Jadi mungkin fasa selari itu akan membolehkan bahawa rumah kuasa rendah akan sentiasa diberi jaminan untuk disiapkan dalam semua fasa
02:30pembangunan.
02:31Mungkin bagaimana dengan inisiatif-inisiatif lain seperti kad peduli sihat untuk kolongan?
02:35Dia kita tahu bahawa sebenarnya sebahagian daripada masyarakat kita perlu dibantu untuk dapatkan perkhidmatan yang terbaik.
02:42Selalunya dan dengan cara ini juga kita dapat membantu kesesakan kita di hospital dan sebagainya.
02:50Sebab itu kalau dulu kita membelanjakan hampir RM300,000 hingga RM500,000 untuk menyediakan kad peduli sihat.
02:58Supaya sebahagian daripada pesakit-pesakit, terutamanya kumpulan B40 ini, mereka mungkin boleh pergi ke klinik-klinik yang terpilih.
03:06Jadi mereka akan dapat perkhidmatan kesihatan lebih baik dan dalam masa yang sama kita tahu bahawa kadang-kadang kalau mereka
03:13tak ada kemampuan,
03:14kadang-kadang apa pilihan mereka? Mereka pergi ke hospital kerajaan.
03:17Dan sudah berpasti bila kita memberikan fokus kepada golongan B40 ini, sebenarnya dalam masa yang sama kita juga dapat membantu
03:26di kalangan usahawan-usahawan kita yang membuka klinik dan sebagainya.
03:30Jadi dana yang disediakan oleh kerajaan itu sebenarnya di kalangan kita sahaja di Melaka ini.
03:38Jadi maknanya bila kita berikan sumbangan itu, kita pergi kepada klinik swasta yang terpilih.
03:43Dan akhirnya perkhidmatan daripada rakyat itu dapat perkhidmatan di klinik swasta.
03:48Dan selalu kita sebut golongan B40 seolah-olah dilihat langsung tak boleh dapat perkhidmatan di klinik-klinik swasta.
03:56Ini sepatutnya tidak berlaku dan sepatutnya ianya boleh dilaksanakan dengan kad peduli sehat.
04:01Dan saya yakin ada sebahagian program-program kerajaan dilaksanakan dengan cara itu tapi tidak tersusun.
04:06Sebab itu saya lihat bahawa kad peduli sehat adalah sebahagian daripada inisiatif kita yang wajar kita teruskan.
04:15Dan dalam masa yang sama adalah kita menyusun jumlah yang menerima, siapa yang menerima.
04:20Dan di institusi ataupun di hospital mana yang mereka, terutamanya di hospital swasta ataupun klinik swasta mana yang mereka boleh
04:28dapatkan perkhidmatan itu.
04:30Ini antariksa yang saya biarkan.
04:32Satu lagi tentang Melkat, jawatan kuasa Melkat dan menghadkan kuasa Ketua Menteri selama dua petugas.
04:39Dia kalau kita lihat, memang kita sudah luluskan menghadkan kuasa Ketua Menteri.
04:45Tapi dia tidak menjadi sebahagian daripada enactment di peringkat negeri kerana untuk dapatkan enactment itu kita perlukan dua per tiga.
04:51Menjadi satu sebahagian daripada undang-undang kita di peringkat negeri.
04:56Itu memang kita perjuangkan. Sama ada di peringkat nasional maupun di peringkat negeri.
05:01Jadi saya fikir dua term sebagai seorang Ketua Menteri itu 10 tahun.
05:05Itu adalah satu tempoh yang sesuai untuk dia merancang.
05:12Apa yang telah dirancang, dia laksanakan.
05:14Dan generasi yang akan datang akan boleh diberikan peluang.
05:17Itu salah satu yang penting juga.
05:20Begitulah juga dengan Melkat.
05:21Kita dalam pelaksanaan aspirasi kita, antara yang kita berikan fokus adalah bandar pintar.
05:28Sebab itu dalam bandar pintar itu, kita tahu bahawa dunia kita ini adalah dunia teknologi, AI dan sebagainya.
05:34Jadi sudah barang pasti isu-isu yang terkait dengan kompetensi kita, accountability, transparansi kita.
05:42So tiga perkara itu memang menjadi perkara-perkara penting.
05:45Sama ada kita kompeten, kita ada kebertanggungjawaban, kita ada ketelusan di situ.
05:51Jawatan kuasa ini memang harus kekal.
05:54Tapi mungkin bagaimana jawatan kuasa itu dia bentuk, kita akan selaraskan sesuai dengan peranan Melaka Bandar Pintar.
06:01Kerana dengan sistem yang ada pada hari ini, teknologi boleh digunakan, AI boleh digunakan, data boleh diambil dengan lebih banyak.
06:08Jadi mungkin kita akan menyusun Melkat kita dengan cara yang lebih strategik, sesuai dengan dunia pendigitalan pada hari ini.

Recommended