Skip to playerSkip to main content
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mendedahkan dokumen Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) yang ditandatangani antara kerajaan dengan 13 Ahli Parlimen pembangkang pada 31 Oktober lalu.

Beliau berkata, perjanjian persefahaman seperti itu bukan perkara baharu kerana ia pernah dimeterai ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN), dengan turut melibatkan pemimpin Pas.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803434/berita/politik/dia-sign-halal-kita-sign-dikata-dajal---anwar-sedia-dedah-perjanjian-csa

Tajuk lagu: Elevate

Artis/ komposer: Benjamin Tissot

Sumber: www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #AnwarIbrahim #SignHalal #PerjanjianCSA

Category

🗞
News
Transcript
00:03Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mendedahkan dokumen Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan CSA yang ditandatangani antara kerajaan dengan 13
00:14Ahli Parlimen Pembangkang pada 31 Oktober lalu.
00:17Beliau berkata perjanjian persefahaman seperti itu bukan perkara baharu kerana ia pernah dimeterai ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi
00:26Perdana Menteri di bawah Pentadbiran Perikatan Nasional PN dengan turut melibatkan pemimpin PAS.
00:33Beliau kesal apabila wujud perbezaan pandangan dalam menilai perjanjian berkenaan sehingga ada pihak memberikan gambaran negatif terhadap perjanjian seumpamanya.
00:43Yang muat dulu itu kerajaan Perikatan Nasional termasuk PAS. Yang sign itu termasuk Sios Agong PAS. Apa dia kata? Persefahaman
00:53di antara kerajaan dan pembangkang.
00:56Masa itu saya ketua pembangkang. Kita sign. Dengan siapa? Dengan Datuk Ismail Sabri. Dia ke Perdana Menteri masa siapa? Masa
01:04Perikatan Nasional. Masa itu PAS, UMNO bersatu sekali. Yang itu yang kita sign.
01:12Dia sign. Dia sign halal. Kita sign. Apa dia kata? Tajal. Ini dia politik. Jadi kita kena faham ini.
01:25Tadi orang tanya, boleh tak kita dedahkan perjanjian? Saya tak ada masalah. Dengan. Ini yang di sign, di janji. Ini
01:31orang yang sign.
01:32Sebab saya tugaskan ini, kerajaan tugaskan kepada Datuk Seri Fadilah. Di malam Perdana Menteri 2.
01:39Jadi esok syarat Jemaah Menteri, saya beritahu. Dia nak tengok-tengok. Nak tengok. Dajal. Takkan pula dia kata Dajal. Saya
01:46kata Dajal. Tak betul.
01:48Kita dalam Islam ini bukan pada sereban. Bukan pada janggur.
01:53Pada akhlak. Orang nilai kita.
01:56Bayangkan orang bukan Islam. Tengok.
01:58Islam macam ni setuju dengan dia? Halal. Tak setuju dengan dia? Dajal.
02:04Tak boleh.
02:06Ini kita kena betulkan.

Recommended