Skip to playerSkip to main content
Kerajaan berpandangan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP) kekal relevan sebagai kerangka kerjasama serantau dalam menangani isu pencemaran jerebu rentas sempadan kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Syed Ibrahim Syed Noh.

Bagaimanapun, perjanjian itu mempunyai kekangan kerana tidak memperuntukkan mekanisme penguatkuasaan antara negara anggota mahupun saluran tuntutan ganti rugi bagi kerosakan akibat pencemaran berkenaan.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perjanjian ASEAN mengenai pencemaran jerebu rentas sempadan ataupun AATHP.
00:05Kerajaan berpandangan bahawa perjanjian ini kekal relevan sebagai kerangka kerjasama serantau
00:12untuk kita menangani pencemaran jerebu rentas sempadan khususnya melalui pemantauan,
00:19perkongsian maklumat, amaran awal, pencegahan dan penyelarasan tindakan semua negara anggota ASEAN.
00:26Walaubagaimanapun, si mana tadi yang disebutkan oleh yang berhormat, perjanjian ini dia ada juga kekangan dia.
00:33Maksudnya dia tidak memperuntukkan mekanisme penguatkuasaan antara negara ataupun ada tuntutan ganti rugi.
00:42Mekanisme itu pun tidak diperuntukkan di bawah perjanjian ini.
00:46Perjanjian ini dia berteraskan kepada prinsip kerjasama, konsensus, penghormatan terhadap kedaulatan negara
00:53dengan tanggungjawab penguatkuasaan terhadap pihak yang menyebabkan kebakaran
00:57tertakluk kepada bidang kuasa serta undang-undang domestik negara berkenaan.
01:02Sebab itu sebarang cadangan untuk kita perkenalkan mekanisme penguatkuasaan ataupun tuntutan ganti rugi
01:08dia memerlukan penelitian yang menyeluruh daripada aspek perundangan, bidang kuasa, hubungan diplomatik
01:14serta juga yang tidak kurang pentingnya adalah pembuktian
01:17yang berita terkini mengenai kebunangan ini.

Recommended