Skip to playerSkip to main content
Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik Universiti Malaya (UM), Dr. Tawfik Yaakob berpandangan kos gaya hidup lebih mempengaruhi sebahagian pengundi muda di Melaka, namun Pengarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Mazlan Ali menekankan tekanan kos sara hidup, pendapatan yang tidak meningkat serta kekurangan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi sebagai cabaran utama rakyat negeri itu. #DialogTigaPenjuru #MelakaMemilih

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dan dalam konteks Melaka, saya lihat cost of living itu masih lagi rendah berbanding dengan cost of lifestyle kerana cost
00:07of living kalau kita buat perbandingan di lembah kelang.
00:09Misalnya, harga rumah teras boleh mencecah RM700 hingga RM800,000 tetapi kalau kita pergi ke Melaka di kawasan Jasin, rumah
00:17teras double story itu masih lagi boleh dapat RM200 hingga RM300,000.
00:21Maka bagi saya isu utama ini bukanlah isu cost of living sangat tetapi cost of lifestyle yang disebutkan oleh Profesor
00:29sebentar tadi yang sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi muda, undi belia yang mungkin terpengaruh dengan media sosial dan mereka juga terasa
00:41dengan apa yang berlaku dalam konteks global dan negara itu secara keseruahannya.
00:46Saya minta untuk berbeza sedikit daripada Profesor Mazlan dalam konteks ini kerana sebahagian saya, keluarga saya adalah orang Melaka, orang
00:54Limbongan, orang Bukit Katil.
00:55Jadi kami tahu sedikit sebanyak tentang perkembangan ataupun cara hidup, cost, kehidupan di sana dan kita mencerap tentang pelbagai aspek
01:05kehidupan dan sebenarnya isu di sana bukanlah melibatkan isu pembangunan sangat pun kerana ada beberapa isu misalnya di Tanjung Bidara
01:13itu sendiri.
01:14diakui oleh calon Pakatan Harapan bahawa tak ada isu pun yang nak dibawa untuk menyerang Dato' Sri Ebi Rao kerana
01:23kebanyakan isu telah dijaga baik oleh Ketua Menteri.
01:26Dan satu masalah negeri Melaka ini walaupun negeri ini perbandarannya agak maju tetapi tidak mampu untuk menghasilkan pekerjaan yang berteknologi
01:39tinggi.
01:40Jadi graduan-graduan anak-anak Melaka ini yang bila tamat pengajian mereka, mereka tidak ada peluang untuk menyertai sektor-sektor
01:50di berkemahiran tinggi ini.
01:51Jadi berbeda dengan Johor misalnya di kawasan segitiga Johor Bahru itu menawarkan peluang-peluang pekerjaan yang lebih baik, berjawatan, bergaji
02:05lebih besar dan berkemahiran tinggi.
02:07Maka anak-anak muda ini berhijrah ke Johor Bahru, berhijrah ke Lembah Kelang.
02:12Itu satu perkara yang dihadapi.
02:17Yang kedua, kesesakan di bandar, di bandar Melaka ini.
02:22Itu juga menjadi satu masalah kerana perbandaran yang meluas itu menyebabkan sewa ataupun kos untuk kehidupan menjadi meningkat.
02:34Sedangkan pendapatan rakyat itu tidak meningkat.
02:37Itulah yang menyebabkan tekanan kos.

Recommended