00:00Intro
00:07Pelantikan jururunding bebas oleh Kementerian Keuangan
00:11bagi meneliti kedudukan keuangan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah
00:16membuka semula perdebatan dasar yang cukup kritikal.
00:20Sejauh mana pasaran penerbangan domestik boleh terus bergantung kepada model pertumbuhan hyperagresif
00:27dan apakah sempadan sebenar antara tanggungjawab komersil sesebuah syarikat swasta
00:33dengan kepentingan kedaulatan ruang udara negara?
00:37Wartawan kami Firdaus Azil meneliti anatomi keuangan industri penerbangan tanah air.
00:57Di sebalik keyakinan yang disuarakan kepada umum, data pasaran memaparkan cabaran berbeza.
01:04Tekanan lonjakan kos bahan api global dan liabiliti terkumpul yang mencecah belasan bilion ringgit
01:10telah meletakkan penampan mudah tunai pada tahap yang memerlukan penelitian rapi.
01:15Langkah pelepasan segera beberapa pesawat baru sebelum sempat beroperasi
01:20dikala industri penerbangan global berdepan krisis rantaian bekalan dan tempoh menunggu pesawat
01:25mencecah tujuh tahun menjadi isyarat ketara terhadap keperluan mendesak
01:30bagi mengimbangi aliran tunai jangka pendek.
01:32Selama lebih sedekat, naratif pertumbuhan sektor tambang murah didorong oleh tempahan beratus-ratus pesawat.
01:39Namun penganalisis melihat instrumen ini sering bertindak sebagai instrumen arbitraj keruangan
01:44melalui transaksi sewa balik atau sit and lease back.
01:48Transaksi ini memberi pulangan tunai pantas
01:50tak kala kadar faedah global berada pada paras lantai.
01:54Namun apabila kitaran makroekonomi mengetat dan nilai matawang menyusut
01:58ia meninggalkan beban komitmen sewaan yang berat ke atas kunci kira-kira operasi.
02:21Dalam kerangka ekonomi pasaran bebas, timbul perdebatan mendalam,
02:26wajarkah entiti komersial swasta dilindungi di bawah doktrin too big to fail?
02:31Pakar dasar menegaskan bahawa perstrukturan semula laluan atau pengurangan saiz amada
02:36bukanlah satu kegagalan sistemik industri, sebaliknya merupakan proses pembetulan pasaran semula jadi.
02:43Pertaruhan modal swasta mesti tertakluk kepada disiplin pasaran
02:47tanpa membebankan dana pembayar cukai.
03:14Fokus utama pembuat dasar kini tertumpu
03:17kepada jaminan kesaling hubungan rakyat, khususnya koridor penting rentas Laut Cina Selatan.
03:23Disinilah disiplin perstuturan Malaysia Aviation Group MEG membuktikan kepentingannya.
03:29Selepas melalui pelan rasionalisasi modal dan perstuturan mahkamah antarabangsa yang ketat,
03:35MEG kini beroperasi atas kedudukan aliran tunai positif.
03:39Bersama pengendali seperti Bati Air, pasaran domestik kini memiliki penampan operasi yang kukuh
03:45dan berdisiplin untuk menampung sebarang herotan kapasiti
03:49sekaligus memastikan mobiliti rakyat tidak terjejas sekiranya berlaku kekosongan di pasaran.
03:55Pengajaran daripada krisis ini jelas.
03:59Daya tahan industri penambangan negara tidak diukur dengan jumlah pesawat yang dipesan di atas kertas
04:05tetapi kepada keupayaan untuk mengekalkan kestabilan operasi tanpa perlu meheret dana awam.
04:11Disiplin pasaran mesti diutamakan dan kedaulatan ruang udara negara
04:15perlu disandarkan kepada asas yang terbukti mampan.
04:20Saya Fidoz Azil melaporkan untuk Astro Awani.
04:35Terima kasih kerana menonton!