Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Kempen Pilihan Raya Negeri Melaka memasuki fasa kedua.

Rakyat masih menilai tawaran calon, apa mereka mahu tawarkan jika diberi mandat kelak.

Hasimi Muhamad bawakan rangkuman untuk hari keenam.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kempen pilihan raya negeri Melaka memasuki fasa kedua.
00:03Rakyat masih menilai tawaran calon.
00:05Apa mereka mahu tawarkan jika diberi mandat kelab?
00:09Untuk perkembangan dari Melaka, Hasimi Muhammad bawakan rangkuman untuk hari ke-6.
00:14Silakan Hasimi.
00:16Baik, terima kasih rakan sugas langsung dari Melaka untuk bawakan mengenai pilihan raya negeri Melaka ke-16
00:22yang mana kempen hari ke-6 telah pun berlalu dan Jumaat masuki hari ke-7
00:29itu fasa kedua berkempen.
00:31Kita menjangkakan untuk fasa kedua ini, momentum untuk calon-calon yang bertanding akan terus dilipatgandakan
00:38berbanding dengan baki yang telah pun berlalu.
00:41Kerana setakat 6 hari berkempen, kita masih lihat ketenangan di Melaka ini
00:46contohnya melibatkan kenyataan-kenyataan sensasi tidak berlaku dalam kalangan calon-calon yang bertanding di 28 di Melaka ini.
00:56Kebanyakan calon yang bertanding memberikan aspirasi mereka, tawaran mereka kepada kawasan-kawasan masing-masing
01:04untuk meraih sokongan dan menangi hati pengundi di kawasan-kawasan mereka.
01:10Tetapi kita akan lihat perubahan ini khususnya bermula Jumaat, hari ke-7 kempen termasuk juga Perang Bendera
01:18apa lagi isu yang akan mereka bawa untuk tawarkan kepada pengundi-pengundi.
01:23Tetapi untuk rangkuman pada malam ini, kita mahu melihat pertama mengenai penolakan calon BN melibatkan 4 kursi don
01:31yang mana ia melibatkan antaranya Aikroh, Kelebang Kuala Tinggi dan juga Pantai Kundu.
01:36Perkara itu telah pun terdapatkan reaksi daripada pengurusi BN Melaka yang juga Ketua Menteri Melaka,
01:42Datuk Seri Abdul Ra'uf Yusof. Yang mana antara yang dikatakan oleh beliau, beliau melihat pandangan atau dawaan itu
01:51dari sudut yang berbeza khususnya daripada pandangan musuh politik yang mungkin akan berikan respon
01:59ataupun perkembangan negatif terhadap pihak lawan. Tetapi ditekankan oleh Datuk Seri Abdul Ra'uf
02:06ialah mereka percaya dengan winning spirit, perkara dan cabaran itu boleh dihalangi dan ditangani oleh calon-calon
02:16yang ditempatkan oleh BN. Yang kedua, kita mahu melihat juga manifesto yang bakal diumumkan oleh BN
02:23dijadualkan 5 petang Jumaat yang akan berlangsung di bangunan belakang saya ini.
02:29Yang mana antara yang kita jangkakan sebab mana dimaklumkan oleh Ketua Menteri Melaka
02:33mengenai TVEC antara agenda yang dimasukkan dalam manifesto kerana mereka gabungan BN mahu memfaatkan
02:41kolej dan universiti di Melaka ini untuk diangkat lagi TVEC di negeri ini sekaligus memberikan memfaat
02:50kepada belia dan rakyat di Melaka khususnya dalam kalangan mereka orang muda.
02:57dan kita jangkakan sudah tentu banyak perkara yang akan dimasukkan dalam manifesto BN kerana
03:03beberapa hari lalu gabungan lain telah pun memutar masuk juga Pakatan Harapan dan bersama telah pun
03:11membentangkan manifesto mereka. Ini menarik untuk kita lihat apa lagi tawaran BN untuk
03:18memenangi hati pengundi di bumi hantuah ini. Yang ketiga ialah mengenai jadual padat
03:26Perdana Menteri di Melaka yang mana untuk sepanjang Khamis ada empat program yang dihadiri oleh
03:33Perdana Menteri termasuk juga pada sebelah malam di Don Payarumput yang mana antara perkara yang
03:41dibangkitkan oleh Perdana Menteri sepanjang ceramah di Don Payarumput itu mengenai
03:47bagaimana Perdana Menteri menekankan supaya rakyat Melaka ini memberikan kerjasama kepada
03:54kerajaan negeri dan memberikan mandat kepada Pakatan Harapan dan ditekankan oleh Perdana Menteri
03:59bahawa penting untuk kerjasama di pingkat kerajaan negeri dan perkustuhan untuk memastikan
04:04keselarian dan juga pembangunan dapat diteruskan di Melaka. Selain sekali lagi menekankan bagaimana
04:10rakyat perlu menolak pihak yang mengambil atau mencuri uang dengan istilah sakau
04:18itu termasuk juga di Melaka. Itu antara rangkuman yang kita boleh lihat untuk hari ke-6 berkempen
04:24dan sudah tentu banyak mahu kita lihat di hari-hari ke depan menjelang kepada baki-baki
04:30berkempen ini untuk menangi hati pengundi di 28 Don di Melaka ini. Saya kira untuk jam ini
04:38Saka Indulik kembali kepada rakan sugas di Bukit Jalil.
Comments

Recommended