Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Al-Sultan Abdullah juga berpandangan Kerajaan Persekutuan perlu membuat penilaian menyeluruh kewajaran meneruskan operasi Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia, termasuk kemungkinan menamatkannya jika fungsi dan keberkesanan badan antarabangsa itu tidak lagi memenuhi keperluan serta kepentingan negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Bilah Shah menggesa Kerajaan Persekutuan memperkukuh kawalan sempadan dan memperkemas pengurusan pelarian
00:09bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan negara terus terpelihara.
00:14Al-Sultan Abdullah berpandangan Kerajaan Persekutuan perlu membuat penilaian menyeluruh, kewajaran meneruskan operasi suruhan jaya tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
00:24Bagi Pelarian atau UNHCR di Malaysia.
00:30Ia termasuk kemungkinan menamatkannya jika fungsi dan keberkesanan badan antarabangsa itu tidak lagi memenuhi keperluan serta kepentingan negara.
00:38Baginda bertitah, isu lambakan warga asing termasuk keberadaan pelarian yang tidak diurus secara teratur perlu diberikan perhatian serius kerana boleh
00:50menimbulkan pelbagai cabaran terhadap keselamatan, kesejahteraan sosial, kebersihan persekitaran dan ketenteraman awam.
00:58Baginda menerusi hantaran di Instagram Kesultanan Pahang pada Khamis bertitah, kehadiran sesebuah organisasi antarabangsa seharusnya membantu meringankan beban negara bukan
01:10mewujudkan keadaan yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan rakyat tempatan.
01:16Al-Sultan Abdullah bertitah, Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara yang berperi kemanusiaan tetapi tidak sesekali boleh menggadaikan kedaulatan dan
01:27keselamatannya atas nama kemanusiaan.
01:30Terima kasih kerana menonton!

Recommended