Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39, Pemandu bas yang terlibat dalam nahas yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Isnin lalu mengaku tidak bersalah terhadap 16 pertuduhan memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian serta mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Terima kasih kerana menonton!
00:30Muhammad Amirul Fadil Zulkifli, 39 tahun, membuat pengakuan itu di Mahkamah Magistret Greek selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Muhammad Firdaus Nur Azlan.
00:44Mengikut pertuduhan, dia sebagai pemandu bas dengan nombor pendaftaran PLD 8892 didakwa telah memandu dengan cara merbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian 15 penunjuk UPSI.
00:58Kesalahan dilakukan di kilometer 53 Jalan Raya Timur Barat Greek Jeli pada 1.15 pagi 9 Jun lalu.
01:06Muhammad Amirul didakwa 15 pertuduhan di bawah Seksyen 41 dalam kurungan 1, Akta Pengakutan Jalan dan satu pertuduhan mengikut Seksyen 42 dalam kurungan 1, Akta Sama.
01:17Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM19,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.
01:29Semua kelas lesen memandunya juga digantung dan tertuduh dilarang mengganggu mangsa serta saksi pendawaan.
01:36Mahkamah menetapkan 14 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam bagi tertuduh.
01:42Pihak pendawaan memberitahu mahkamah mereka akan memanggil antara 35 hingga 40 orang saksi sepanjang tempoh perbicaraan.
01:51Terdahulu, Muhammad Amirul tiba di mahkamah pada jam 3.10 petang dengan memakai kemejati berwarna biru dan berseluar jeans biru selain memakai pelitup muka.
02:01Terima kasih kerana menonton!

Recommended