00:00Malaysia mengesahkan tetap akan menghantar wakil ke Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB yang dijadualkan berlangsung 17 hingga 20 Jun ini.
00:09Pendirian berani itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seriano Ibrahim disebalik wujud gesaan daripada Amerika Syarikat untuk menghalang penyertaan negara-negara lain.
00:18Tegas anua setiap negara berhak hadir dan menyuarakan pendirian mereka, terutama berkaitan isu keadilan untuk rakyat Palestine dan Gaza.
00:30Mana-mana negara berhak hadir untuk kebukakan pandangan mereka, terutama keadilan bagi rakyat Palestine dan Gaza.
00:40Itu pandangan kita. Dan saya menyokong inisiatif dalam hal ini oleh Rang-Pins, Puteri Raja Muhammad Salman dan juga Persidangan Mekro.
01:00Anwar berkata demikian selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Az-Zubair Ibn Awam di Ibu Negara pada Jumaat.
01:08Tambah beliau, Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap usaha antarabangsa yang diterajui Arab Saudi dan Perancis dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat Palestine.
01:18Amerika sebelum ini dilaporkan mendesak negara-negara asing supaya tidak menghadiri persidangan PBB yang dianjurkan bersama Perancis dan Arab Saudi.
01:26Tegas Washington, mana-mana negara yang mengambil pendirian menentang Israel akan dianggap bertentangan dengan dasar luar Amerika dan mungkin berdepan tindakan diplomatik.
01:37Persidangan PBB itu bertujuan memperkukuh sokongan antarabangsa terhadap kerangka penyelesaian dua negara di tengah-tengah kebimbangan terhadap tindakan unilateral dan polarisasi yang semakin mendalam.