00:00Pasukan taktikal SPRM ACTS digunakan dalam proses penggelidahan kediaman seorang individu bergelatan seri di Bandar Tasik Selatan Ceras pada Khamis kerana disyaki menyimpan senjata.
00:11Seluanjaya Pencerahan Rasuah Malaysia SPRM dalam satu kenyataan berkata, bantuan anggota ACTS diperlukan apabila pasukan penyiasat Seluanjaya mengesyaki wujud bilik rahsia dalam kediaman individu tersebut.
00:23SPRM mendapat maklumat terdapat bilik rahsia yang menyimpan barang-barang berharga termasuk senjata yang berkaitan dengan siasatan penyelewengan dana suku pembinaan lebuh raya di lembah kelang di kediaman individu ini.
00:39Kehadiran pasukan ACTS bertujuan menjaga keselamatan dan mengiringi pegawai serta barang-barang yang disita bagi dibawa pulang ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
00:48Sehubungan itu, SPRM pada Khamis telah menyita beberapa barangan seperti beg mewah, jam tangan berjenama, jongkong, syiling dan patung emas, belian serta barangan kemas.
00:58Sitaan itu, susulan penggeledahan oleh bahagian siasatan SPRM di kediaman individu terbabit merangkumi 84 beg mewah bernilai kira-kira RM3 juta,
01:0811 unit jam tangan berjenama berjumlah kira-kira RM1 juta, jongkong, syiling dan patung emas bernilai kira-kira RM3 juta,
01:16juga belian serta barangan kemas bernilai kira-kira RM4 juta menurut kenyataan tersebut.
01:21Selain itu, tambahnya satu set alatan kasino berjenama mewah yang dianggarkan bernilai kira-kira RM150,000 juga telah disita.
01:30SPRM turut menemui sebuah bilik rahsia kebal yang merupakan tempat simpanan senjata dan peluru,
01:35namun tiada sitaan dilakukan kerana senjata berkenaan didaftarkan atas nama syarikat keselamatan milik individu terbabit.
01:43Ketua Peserujaya SPRM Tan Sri Azambaki mengesahkan keseluruhan penggeledahan dan sitaan pada Khamis berjumlah kira-kira RM16 juta.
01:52Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada lagi sitaan dilakukan.
01:55Terima kasih kerana menonton!
01:56Terima kasih kerana menonton!