Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Perdagangan borong dan runcit Malaysia pada April 2025 mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM151.7 bilion.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdagangan borong dan runcit Malaysia pada April 2025 mencatatkan jumlah jualan sepenyak RM151.7 bilion.
00:08Ini mencerminkan pertumbuhan 4.7% tahun ke tahun menurut Jabatan Perangkaan Malaysia DOSEM.
00:16Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Muhammad Uzi Mahidin berkata,
00:21pertumbuhan didorong terutamanya oleh prestasi subsektor perdagangan runcit dan borong.
00:30Subsektor perdagangan borong mencatatkan jualan sebanyak RM67.3 bilion iaitu peningkatan RM3.5 bilion atau 55% tahun ke tahun
00:40mencerminkan kestabilan aktiviti perniagaan di seluruh rantai bekalan.
00:44Manakala subsektor perdagangan runcit merekodkan RM66.8 bilion naik RM3.0 bilion atau 47% tahun ke tahun
00:53seiring dengan peningkatan perbelanjaan pengguna sempena Hari Raya Aidilfitri.
00:57Beliau berkata, jualan runcit dalam talian pada April menunjukkan peningkatan dengan indeks meningkat 6.3% tahun ke tahun.
01:05Bagaimanapun, bagi pelarasan bermusim, indeks merekodkan pertumbuhan bulan ke bulan sebanyak negatif 1.2%.
01:12Dari segi indeks volume pula, perdagangan borong dan runcit mencatatkan kenaikan 43% tahun ke tahun
01:19didorong oleh peningkatan 6.6% dan 34% masing-masing dalam subsektor perdagangan borong dan runcit.
01:27Mengenai pertumbuhan perdagangan, beliau berkata, transaksi pembayar digital di Malaysia mencatatkan peningkatan kukuh tahun ke tahun pada April 2025.
01:35Jelasnya, transaksi wang elektronik e-money meningkat sebanyak 68.7% kepada RM19.7 bilion
01:43mencerminkan penggunaan yang lebih tinggi dalam pembayaran mikro dan runcit
01:47manakala transaksi menerusi platform pembayaran runcit masa nyata berjumlah RM277.8 bilion
01:53kekal sebagai kaedah pembayaran dengan nilai transaksi tertinggi.
01:58Transaksi pertukaran proses keuangan FPX meningkat 25.4% kepada RM35.5 bilion
02:05disokong oleh aktiviti perbankan dalam talian yang lebih tinggi.
02:09Muhammad Uzir berkata, transaksi kad kredit kekas stabil pada RM17.7 bilion
02:14manakala transaksi kad debit mencatatkan pertumbuhan 45% kepada RM13.3 bilion
02:20tambahnya lagi data ini menunjukkan perkembangan berterusan dalam penggunaan pembayaran digital
02:26selari perubahan corak transaksi dan integrasi digital yang semakin meluas dalam ekosistem pembayaran di Malaysia.

Recommended