Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Maybank IB menerusi satu nota kajian pada Jumaat berkata, sumber industri terkini menunjukkan persaingan dalam sektor itu akan terus meningkat dengan kapasiti pengeluaran baharu daripada pengeluar sarung tangan utama China yang mula beroperasi akhir tahun ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia Investment Bank IB meramalkan berlakunya perang harga dalam sektor sarung tangan disebabkan terdapat lebihan bekalan dalam pasaran.
00:10Malaysia IB menerusi satu nota kajian pada Jumaat berkata, sumber industri terkini menunjukkan persaingan dalam sektor itu akan terus meningkat dengan kapasiti pengeluaran baru daripada pengeluar sarung tangan utama China yang mula beroperasi akhir tahun ini.
00:25Pengeluar sarung tangan dari China dikatakan telah mula memasarkan produknya kepada pelanggan di Amerika Syarikat dengan menawarkan kapasiti baru dari kilang luar negaranya di Vietnam dan Indonesia.
00:38Produk tersebut ditawarkan dengan purata harga jualan antara $16 hingga $17 Amerika bagi seribu keping dengan penghantaran bermula November ini.
00:47Firma penyelidikan itu berkata harga yang ditawarkan itu adalah lebih rendah berbanding pengeluar dari Malaysia iaitu antara $18 hingga $19 Amerika bagi setiap seribu keping.
00:58Selain itu, kilang syarikat China di Indonesia dijangka mula beroperasi pada akhir 2025 atau awal 2026 lebih awal daripada jangkaan iaitu separuh kedua 2026.
01:10Walaupun ia mungkin sebahagian daripada strategi pemasaran pengeluar sarung tangan China, harga masih boleh berubah berdasarkan permintaan tarif dan tindak balas daripada Malaysia.
01:20Katanya persaingan jelas makin sengit dengan pertambahan kapasiti dari China yang menyasarkan pasaran bukan Amerika Syarikat serta kilang luar negaranya yang memberi tumpuan kepada pasaran Amerika Syarikat.
01:31Terima kasih telah menonton!

Recommended