00:00Persatuan Pengurusan Kompleks Beli Belah Malaysia PPK menyifatkan langkah peluasan cukai jualan dan perkhidmatan SST yang bermula 1 Julai 2025 akan mengakibatkan peningkatan kos kepada sektor peruncetan, memetik media dagang News.
00:14PPK berkata, ini kerana selama ini pemain sektor sudah berada di bawah tekanan serius apabila kos semasa yang meningkat dan gangguan luaran menjejaskan tahap kestabilan operasi dan daya maju jangka panjang perniagaan masing-masing.
00:29Dalam satu kenyataan pada Jumaat, PPK turut merujuk suasana ketidaktentuan ekonomi global termasuk perang tarif, gangguan rantaian bekalan serta persaingan serantau dan digital yang semakin sengit terus mencabar perniagaan runcit untuk berkembang konsisten.
00:47Selain itu, mereka turut dibebani kewangan yuran stem baru RM10 ke atas kontrak pekerjaan berkuatkuasa 1 Januari 2025 serta langkah rasionalisasi subsidi bahan api yang dijangka pada separuh kedua tahun ini.
01:01Jelas PPK peruncit sudah menghadapi banyak cabaran tambahan seperti perang tarif yang membawa kepada pengurangan harga dan menghakis majin tempatan serta diburukkan lagi oleh platform dalam talian asing yang tidak terkawal termasuk Cina.
01:14Justru PPK menyarankan supaya kerajaan dapat menunda peluasan SST dan melaksanakan pendekatan secara berperingkat bermula dengan 3% sebelum beransur-ansur meningkat kepada 8% dalam tempoh 5 tahun.