00:00Malaysia menyasar untuk memperluaskan capaian produk hiliran dan bernilai tambah berasaskan sawit, khususnya dalam segmen lemak khas, toko trianol, minyak sawit merah serta papan gentian berkutumpatan sederhana MDF berasaskan biogesim sawit.
00:19Kementerian Pelaburan, Pedagangan dan Industri MITI menjelaskan, langkah itu bertujuan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam pasaran antarabangsa.
00:26Menurut MITI, Malaysia akan terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju global dalam persijilan komoditi Lestari menusi pelaksanaan skim persijilan minyak sawit MAMPAN Malaysia MSPO 2.0.
00:41Jelas MITI program rasmi Kementerian Pelaburan dan Komoditi KPK di Expo 2025 Osaka baru-baru ini mengukuhkan lagi hasrat Malaysia untuk menjadikan pertanian MAMPAN sebagai teras utama perdagangan masa hadapan dan diplomasi ekonomi negara.
00:55Dalam pada itu, Menteri Pelaburan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani juga menyifatkan MSPO 2.0 merupakan deklarasi tegas Malaysia kepada dunia bahawa negara benar-benar komited untuk mentransformasikan sektor komoditi selaras dengan piawaian kemampanan global.
01:11Sejajar dengan komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama antarabangsa dalam pembangunan komoditi hijau, sebanyak lima memorandum persahaman MOU strategik telah dimeterai sempena Minggu KPK di Expo 2025.
01:25MOU itu merangkumi sektor utama seperti biomasa berasaskan sawit, lada hitam lestari, inovasi kenaf serta ekspor koko mencerminkan usaha pelbagai sektor Malaysia dalam memacu pembangunan komoditi bernilai tinggi secara mampan.
01:40Menurut MITI, keyakinan terhadap persijilan MSPO turut diperkukuh minggu ini melalui pemerintah kerjasama rasmi antara MSPO dan Aion Jepun.
01:50Usaha itu merupakan langkah jelas ke arah memperluaskan produk yang telah mendapat sijil MSPO dalam saluran runcit pengguna.
01:57Memandangkan produk berasaskan sawit berlabel MSPO kini telah mula menembusi pasaran antarabangsa.
02:03Sehingga kini, sebanyak 86% kawasan tanaman sawit negara telah diperakui di bawah MSPO dan usaha berterusaha sedang digerakkan untuk mencapai sasaran 95% pensijilan MSPO menjelang akhir 2025.
02:16Setakat ini, Malaysia telah mencapai 68% daripada sasaran RM13 bilion dari segi potensi perdagangan dan pelaburan bagi acara dunia itu.