Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Jabatan Peguam Negara menegaskan pendakwaan dalam kes SRC kedua Datuk Seri Najib Razak dijalankan mengikut undang-undang, meskipun Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan beliau atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dawaan pihak tertentu bahawa Jabatan Peguam Negara AGC menjalankan pendawaan cacat dalam kes kedua SRC International Sena Berhad, SRC, membabitkan Datuk Seri Najib Tan Razak, adalah tidak berasas.
00:12AGC dalam satu kenyataan maklumkan pihaknya sentiasa komited dalam menegakkan kedalatan undang-undang dan akan terus melaksanakan tanggungjawabnya menurut Perlembagaan Persekutuan dengan berintegriti, saksama serta menghormati proses pengadilan.
00:25Bagaimanapun jawab tadi itu akur dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi K. Munyandi yang melepas tanpa membebaskan DNAA bekas Perdana Menteri itu daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana syarikat berjumlah RM27 juta.
00:40Jelasnya kes berkenaan telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi pada 7 Februari 2019 dan telah ditetapkan untuk perbicaraan sebanyak lima kali pada Jun 2020, Julai hingga Agus 2021, Mac hingga April 2022, September 2024 serta bulan April dan Mei 2025.
00:59Namun kesemua tarikh perbicaraan kes telah ditangguhkan atas sebab perintah kawalan pergerakan kerana pandemik COVID-19, permohonan pihak peguam bila tertuduh atau permohonan pihak pendawaan sendiri.
01:10Menurut kenyataan itu, permohonan penangguhan yang dibuat oleh pihak pendawaan adalah kerana proseding perbicaraan kes SRC pertama masih berjalan pada masa itu di peringkat Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan sehingga selesai sepenuhnya pada 31 Mac 2023.
01:24Dalam masa sama, proseding perbicaraan kes One Malaysia Development Berhad 1MDB juga telah bermula ketika kes SRC pertama masih belum selesai.
01:33Memandangkan dokumen perkenaan adalah material untuk perbicaraan kes SRC kedua, pihak pendawaan tiada pilihan lain kecuali terpaksa menunggu sehingga dokumen material berkenaan diperoleh iaitu sehingga proseding perbicaraan kes 1MDB selesai.
01:46AGC menekankan bahawa dokumen material tersebut telah tersedia namun sedang digunapakai sebagai keterangan dalam perbicaraan 1MDB yang masih sedang dibicarakan.
01:55Jelasnya lagi pihak pendawaan telah memohon untuk diberikan masa agar dapat mengumpulkan kesemua dokumen material berkenaan untuk dikemukakan sebagai bukti dan keterangan dalam perbicaraan kes SRC kedua.
02:06Pada proseding Jumaat, Hakim Muniandi yang melepas tanpa membebaskan Najib daripada tiga pertuduhan itu berkata, kes itu telah tergantung selama enam tahun sejak 2019 tanpa sebarang keterangan saksi dikemukakan,
02:17hanya mengalami beberapa penangguhan sekaligus menunjukkan bahawa pihak pendawaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan.
Comments

Recommended