00:00Permintaan rakyat Malaysia termasuk golongan belia menyertai perkhidmatan awam dijangka sedikit meningkat kepada 1.3 juta tahun ini berbanding 1.2 juta tahun lalu.
00:11Unjuran itu berdasarkan jumlah permohonan diterima ketika ini termasuk sambutan orang ramai terhadap program Kembara Kejayaanjuran Surhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA.
00:22Pengurusi SPA Dato' Ahmad Jailaini Muhammad Yunus berkata permintaan untuk menyertai perkhidmatan awam masih tertinggi meskipun tiada lagi skim pensyen ditawarkan.
00:36SPA akan menganjurkan lebih banyak program libat urus bagi memastikan golongan belia memperoleh maklumat terkini mengenai peluang kerjaya dalam sektor awam.
00:45Bagi enam bulan pertama tahun 2025, SPA telah menganjurkan empat siri kembara kerjaya di Sabah, Sarawak, Terengganu dan Pulau Pinang dengan kehadiran lebih 10,000 pengunjung.
00:58Program itu akan diteruskan di Kelantan pada Julai menyediakan platform interaktif bagi orang ramai mendapatkan maklumat dan membuat pertanyaan secara terus kepada petugas SPA.
Comments