Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
RMK-13 perlu mengangkat isu kontemporari seperti ekonomi digital, keterjaminan makanan, tenaga boleh baharu, dan pemerkasaan buruh.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali, rancangan Malaysia RMK ke-13 dijangka menjadi satu pelan jangka panjang yang berteraskan ketahanan nasional, bukan sekadar memacu pertumbuhan ekonomi seperti rancangan-rancangan terdahulu.
00:13Prof. Emeritus Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Jamal Uthman berkata, RMK adalah bukan rancangan tahunan atau bajet, ia adalah dokumen strategik yang menyerlahkan hala tujuh dasar negara.
00:25Kita tidak boleh lari daripada apa yang dikatakan beberapa gagasan yang telah menjadi inting di peringkat global di seluruh dunia.
00:39Contohnya kelestarian, kelestarian yang merangkum ekonomi sosial dan juga ekologi alam-alam sekitar.
00:49Konsep tadi yang saudara Nazri sebut tentang ekonomi digital, keterangkuman, inklusiveness, aspek kesejahteraan sosial yang satu istilah generik yang sangat besar.
01:04Jadi ini gagasan-gagasan kontemporori yang tidak boleh kita tidak bercakap, terutamanya sejak RMK yang ke-12.
01:12Bahkan dalam RMK yang ke-13, saya fikir gagasan-gagasan ini akan terus mencorak bentuk perancangan dalam RMK yang ke-13.
01:25Tapi apapun, walaupun ini bersifat gagasan, tapi ini adalah penyerlahan dari pihak kerajaan, dari pihak policy makers.
01:33Pada akhirnya nanti sektor swasta sangat mengambil peranan, sangat berperanan dalam menentukan pencapaian gagasan-gagasan ini.

Recommended