00:00Polis sedang mengesan seorang remaja yang melarikan diri selepas mencuri beberapa barangan di sebuah pasaraya di Bandar Seri Jempul, Negeri Sembilan pada Jumaat lalu.
00:11Ketua Polis Daerah Jempul, Supertenden Nur Hisham Mustafa berkata, suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan apabila keluar masuk premis sambil membawa sebuah beg.
00:21Pemeriksaan terhadap beg yang disandang suspek menemui beberapa barangan yang tidak disertakan dengan risid pembayaran.
00:31Suspek cuba didahan namun dihalang oleh dua individu dipercayai ibu bapanya yang merayu agar suspek dilepaskan kerana masih bersekolah.
00:40Remaja itu kemudiannya melarikan diri selepas perlaku pergelutan di lokasi kejadian.
00:45Laporan berhubung kejadian itu sudah dibuat oleh pihak pengurusan pasaraya terbambit.
00:49Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Kesiksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.
00:57Video kejadian berkenaan berdurasi 3 minit 44 saat menjadi tular di media sosial pada Sabtu.