Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Mangsa, Sayafollah Musallet, 20 tahun, telah dipukul dengan teruk dalam insiden pada petang Jumaat di Sinjil, utara Ramallah, manakala seorang lagi dikenali sebagai Hussein Al-Shalabi, 23 tahun, telah ditembak di bahagian dada.
Transcript
00:00Seorang lelaki warga Palestine Amerika dilaporkan dipukul hingga mati oleh pendatang haram Israel di tebing barat, manakala seorang lagi lelaki ditembak mati.
00:13Menurut Kementerian Kesihatan Palestine, warga negara Amerika Syarikat itu Sayyafullah Musalid, 20 tahun dipukul dengan teruk dalam insiden pada petang Jumaat di Sinjil, Utara Ramallah.
00:26Sementara seorang lagi dikenali sebagai Hussein Al-Shalabi, 23 tahun, ditembak di bahagian dada.
00:35Reuters melaporkan ahli keluarga masing-masing berkumpul di Bandar Al-Mazra'ah Al-Sharqiyah pada Sabtu meratapi pemergian kedua-dua mangsa.
00:45Dalam sebuah video yang diperoleh Reuters, penduduk Palestine dilihat mengusung jasad Hussein selepas jenazahnya ditemui di bawah sebatang pokok.
00:54Sementara itu, keluarga Sayyafullah yang berasal dari Tampa, Florida dalam kenyataan berkata pasukan perubatan mengambil mangsa tiga jam untuk tiba di lokasi mangsa sebelum abangnya berjaya membawanya ke ambulans.
01:07Bagaimanapun mangsa meninggal dunia sebelum sempat tiba di hospital.
01:11Mereka turut mendesak Jabatan Negara Amerika mengetuai siasatan segera dan mendakwa pendatang haram terbabit.
01:17Dalam perkembangan sama, seorang jurucakap Jabatan Negara Amerika
01:47pada Jumaat berkata pihaknya menyedari insiden tersebut, namun tidak memberikan sebarang komen lanjut demi menghormati privasi keluarga dan orang tersayang.
01:56Tentera Israel pula memaklumkan mereka sedang menjalankan siasatan terhadap insiden di Bandar Sinjil.
02:01Tentera Israel pula memaklumkan batuk terhadap insiden terhadap insiden terhadap insiden terhadap insiden terhadap insiden terhadap insiden terhadap insiden terhadap sahan kala negara dan orang tersayang.

Recommended