Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Keputusan untuk menghantar tentera Australia ke medan konflik akan ditentukan oleh kerajaan yang memerintah pada masa itu, bukan lebih awal, tetapi oleh kerajaan semasa.
Transcript
00:00Australia tidak akan membuat komitmen awal untuk menghantar tentera dalam sebarang konflik.
00:06Penegasan itu dibuat oleh Menteri Industri Pertahanan Pat Corroy.
00:10Ia susulan laporan Pentagon mendesak sekutunya itu untuk menjelaskan peranan jika Amerika dan China berperang berhubung Taiwan.
00:21Katanya Australia mengutamakan kedaulatan dan negara itu tidak membincangkan perkara berbentuk hipotesis.
00:30Konroy menambah Australia juga bimbang terhadap pembangunan ketenteraan China yang melibatkan kuasa nuklir dan konvensional.
00:55Negara itu mahukan rantau Indo-Pasifik yang seimbang di mana tiada negara yang mendominasi.
01:00Akbar Financial Times pada Sabtu melaporkan bahawa timbalan setiusa pertahanan Amerika bagi dasar Albridge Colby
01:07menggesa pegawai pertahanan Australia dan Jepun menyatakan pendirian mereka sekiranya berlaku konflik di Taiwan.

Recommended