Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini dalam proses merangka undang-undang khusus bagi melindungi kanak-kanak daripada ancaman di alam maya seiring kelaziman penggunaan internet membabitkan golongan bawah umur itu.
Transcript
00:00Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini dalam proses merangka undang-undang khusus bagi melindungi kanak-kanak daripada ancaman di alam maya seiring kelaziman penggunaan internet membabitkan golongan bawah umur itu.
00:14Menterinya Datuk Seri Nancy Syukri berkata ketika ini, Malaysia tidak mempunyai peruntukan perundangan yang spesifik seperti yang telah dilaksanakan di beberapa negara maju.
00:22Jelas Nancy, isu berkenaan akan dibawa ke peringkat antarabangsa melalui perbincangan konvensyen mengenai hak kanak-kanak CRC di Geneva bersama UNICEF dan negara-negara anggota lain.
00:36Belum lagi ada undang-undang tetapi diusahakan sebab ini perkara yang perlu kita lakukan untuk negara kita.
00:44Seperti mana ada juga di negara lain yang telah establish the laws for them tapi kita masih belum lagi cuma insyaAllah akan ada yang kita lakukan.
00:57Tentang sekali melalui CRC itu kita akan ada perbincangan bersama melalui UNICEF.
01:02Banyak negara-negara lain bersama dengan kita juga di CRC itu untuk kita mendengar input dan memberi input daripada yang lain.
01:13Mendengar feedback dan juga memberi input kepada masa kita berjumpa di Geneva.
01:20Tambah Nancy, undang-undang tersebut perlu disusun segera susulan peningkatan tren ancaman terhadap keselamatan kanak-kanak di alam cyber yang semakin memimbangkan.
01:31Tegas Nancy lagi, mengikut data UNICEF terbaru, 83% kanak-kanak atau remaja di Malaysia terdedah kepada risiko dalam talian dan 40% kumpulan kanak-kanak yang ada di Malaysia tidak tahu melindungi diri mereka daripada ancaman-ancaman melalui media sosial dalam talian.
01:48Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemelang 2024 Jabatan Pendidikan Daerah Kucing di Dewan Hikmah Kucing pada Ahad.

Recommended