00:00Berikutnya, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan pelabelan kandungan yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan AI sebagai AI generated di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 yang dijangka berkuat kuasa pada hujung tahun ini.
00:15Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fadhil berkata langkah itu penting bagi menangani penyalahgunaan AI khususnya dalam media sosial yang boleh digunakan untuk tujuan penipuan, penyebaran fitnah dan penyampaian dan penyamaran identiti.
00:30Mungkin kita akan pertimbangkan keperluan melalui contoh Online City Act ataupun Akta Keselamatan Dalam Talian yang akan berkuat kuasa insyaAllah hujung tahun ini.
00:42Kita lihat platform-platform juga perlu bersifat proaktif untuk melabelkan kandungan AI sebagai AI generated content.
00:53Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri program Institut Perhubungan Awam Malaysia UAI Mid-App Bangsa pada Ahad.
01:04Katanya beberapa platform media sosial mula melaksanakan pelabelan kandungan AI secara sukarela dan inisiatif itu berpotensi untuk diperluas ke peringkat serantau melalui kerjasama dalam kalangan negara ASEAN.
01:17Mengenai kebimbangan terhadap penyebaran video dan gambar palsu dihasilkan oleh AI, beliau berkata sejak ini tiada garis panduan kawas selia yang memuaskan di peringkat global.
01:29Terima kasih telah menonton!