Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan amaran bahawa ribut pasir dan debu yang semakin kerap dan intensif telah menjejaskan kehidupan kira-kira 330 juta orang di seluruh dunia.
Transcript
00:00Bertemu kembali, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB mengeluarkan amaran bahawa ribut pasir dan debu yang semakin kerap dan intensif telah menjejaskan kehidupan kira-kira 330 juta orang di seluruh dunia.
00:13Menurut PBB, fenomena ini berkait rapat dengan perubahan iklim serta aktiviti manusia yang tidak lestari.
00:19Laporan terkini PBB menunjukkan bahawa kawasan seperti Afrika Utara, Asia Barat, Asia Tengah serta bahagian Amerika Selatan dan Utara kini mengalami peningkatan mendadak dalam kejadian ribut debu.
00:31Pemanasan global mempercepatkan pengeringan tanah, sementara penggunaan tanah yang berlebihan dan tidak terkawal turut memburukkan keadaan.
00:39Wakil Program Alam Sekitar PBB UNEP menegaskan bahawa ribut debu bukan sekadar gangguan sementara tetapi ancaman kepada alam sekitar, kesihatan awam dan keselamatan makanan global.
00:51Pendedahan kepada zarah debu membawa risiko penafasan yang serius seperti asma dan penyakit paru-paru kronik.
00:56Ribut ini juga mengganggu sektor penting seperti pengangkutan, pertanian dan tenaga solar sekaligus memberi kesan ekonomi besar kepada negara-negara terjejas.
01:09Terima kasih telah menonton!

Recommended