Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Messi mencatatkan rekod liga apabila menjaringkan dua gol atau lebih dalam lima perlawanan MLS berturut-turut.
Transcript
00:00Lionel Messi meneruskan rekod jaringan berturut-turut dalam MLS dengan dua lagi gol sekaligus membantu Inter Miami catat kemenangan 2-1 ke atas Nashville pada malam Sabtu di Florida.
00:13Dua jaringan Messi membantu Inter Miami menamatkan rekod tanpa kalah Nashville dalam 15 perlawanan berturut-turut merentasi semua kejohanan.
00:22Ini merupakan kekalahan pertama Nashville sejak 19 April lalu.
00:26Messi mencatatkan rekod Liga apabila menjaringkan dua gol atau lebih dalam lima perlawanan MLS berturut-turut.
00:35Inter Miami kini mencatat rekod 4-0-1 dalam lima perlawanan terakhir menentang Nashville dan juga meraih kemenangan kelima berturut-turut dalam MLS.
00:45Pasukan itu turut menang tiga perlawanan berturut-turut sejak disingkirkan Paris sejaman dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia Klub FIFA pada 29 Jun lalu.
00:55Messi memanfaatkan kesilapan besar penjaga gol Nashville Joe Willis untuk menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-62.
01:02Willis menahan bola dengan dada dan cuba mengeluarkannya dari kawasan penalti namun sepakannya terus menuju ke arah Messi.
01:09Messi menyambut bola itu dengan kaki kiri, menggelecek melepasi Willis dan merembat masuk ke gawang.
01:15Ia sekaligus meletakkan Inter Miami di hadapan dan memastikan kemenangan kekal milik mereka.
01:20Gol tersebut hadir 13 minit selepas pemain Nashville, Hani Mukhtar menyamakan kedudukan satu-satu menerusi tandukan sempurna hasil hantaran lintang jarak jauh and dinajar.

Recommended