00:00Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kebocoran laporan dipercayai minit mesyuarat suruhan jaya pelantikan kehakiman JSC yang tular di media sosial baru-baru ini.
00:11Ketua Polis Negara Datuk Seri Muhammad Khalid Ismail berkata, siasatan itu dikendalikan unit siasatan jenayah terkelas USJT, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
00:20Menurutnya, tumpuan siasatan terarah kepada pendedahan dan penyebaran maklumat tersebut sama ada di peringkat dalaman mahupun menerusi platform media sosial.
00:31Justru kata beliau, polis akan memanggil ke semua saksi kompeten untuk direkodkan kenyataan berhubung kes terbabit.
00:37Kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 Seksyen 203A Kanun Kesiksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
00:50Dalam pada itu, polis turut menesatkan orang ramai agar tidak mendedahkan sebarang dokumen atau maklumat yang diklasifikasikan sebagai terperingkat.
01:00Menurut beliau, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati mendedahkan dan menyebarkan maklumat tersebut.
01:07Petikan minit mesyuarat JSC yang didakwa berlangsung pada Mei lalu tersebar di media sosial sejak Sabtu dipercayai bermula dari laman Reddit sebelum tular di Facebook dan aplikasi X.