00:00Polis menahan seorang lelaki pada Sabtu malam bagi membantu siasatan berhubung kejadian khianat ke atas kereta di Jalan Lebuh Pantai, Georgetown, Pulau Pinang.
00:10Lelaki tempatan berusia 37 tahun itu ditahan di tepi jalan persiaran Car Passing.
00:15Turut dirampas adalah kereta suspek serta sebatang rotan digunakan ketika kejadian.
00:21Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Subtitian Lee Sui Sik berkata,
00:26suspek direman sehari bagi membantu siasatan.
00:30Sebelum ini, seorang lelaki membuat laporan polis selepas kereta dipandunya dilanggar sebuah kereta jenis Perodera Myri yang dinaiki suspek dalam kejadian pada petang Jumat lepas.
00:41Suspek kemudian keluar dari kereta dan mengambil sebatang rotan lalu memukul bahagian pintu belakang kederaan mangsa.
00:47Akibat perbuatan suspek, mangsa mengalami kerugian hampir RM3,000 berukutan kerosakan pada kereta.
00:54Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Kesesaan kerana melakukan perbuatan kianat terhadap harta benda awam.