Skip to playerSkip to main content
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi

Tumpuan #AWANI745 malam ini:

- Bukit Aman siasat penyebaran dokumen Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

- Fahmi Fadzil beri amaran minit mesyuarat rahsia kerajaan tertakluk Akta Rahsia Rasmi.

- Bangkai helikopter polis dijangka dinaikkan Isnin atau Selasa.

- Disusun program kayuh basikal 9km, Tun M terpaksa dirawat di IJN.

Saksikan #AWANI745 setiap hari 7.45 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com/live-tv

#AWANInews

Category

🗞
News
Transcript
00:00Intro
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera
00:09Saya Irfan Farouki dan ini Awani 7.45
00:12Dan berikut adalah tumpuan-tumpuan utama kita malam ini
00:15Bukit Aman Siasat penyebaran dokumen suruhan jaya pelantikan kehakiman
00:22Fahmi Padil beri amaran
00:27Minit Mesyuarat Rahsia Kerajaan Tertakluk Anta Rahsia Rasmi
00:31Bangkai Helikopter Polis dijangka dinaikkan Istin atau Selasa
00:38Dan disusun program kayu basikal 9km, Tun M terpaksa dirawat di IJN
00:47Kementerian Pendidikan mengarahkan pihak sekolah
00:55Untuk memberikan keutamaan terhadap aspek saiko emosi Puteri Kisya Nur Izzat 12 tahun
01:02Menterinya Fadlina Siddiq berkata tanggungjawab itu bagi memastikan kebajikan kanak-kanak itu sentiasa dijaga
01:08Selepas kehilangan seluruh ahli keluarganya dalam teraga dilemas di Sungai Korok minggu lalu
01:14Puteri Kisya ketika ini belum memulakan sesi persekolahan secara sepenuhnya
01:20Memandangkan kanak-kanak itu masih dalam peringkat pemulihan emosi
01:24Beliau turut memaklumkan kanak-kanak itu boleh kembali ke sekolah apabila semangat dan emosinya lebih kuat selepas ini
01:30Tapi concern saya adalah saiko emosi beliau lah sebab itu saya pesan tadi
01:35Supaya guru besar dan juga guru kelas memberikan tumpuan pada saiko emosi beliau
01:42Nampak beliau bersemangat, cukup kuat
01:45Tapi kita concern lah sebab dia adalah kanak-kanak yang kehilangan seluruh ahli keluarga
01:52Jadi saya masih ada concern saya dan saya harap concern saya itu dapat disokong dengan saiko emosi
01:59Dan sokongan itu diberikan oleh guru kaunseling, kaunselor
02:02Minggu lalu, seluruh keluarga Puteri Kisya ditemukan maut dalam kereta dinaiki mereka yang tenggelam dalam Sungai Korok
02:10Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini dalam proses merangka undang-undang khusus
02:18Bagi melindungi kanak-kanak daripada ancaman di Alamaya seiring kelaziman penggunaan internet membabitkan golongan bawah umur itu
02:27Menterinya Datuk Seri Nancy Syukri berkata ketika ini Malaysia tidak mempunyai peruntukan perundangan yang spesifik
02:32Seperti yang telah dilaksanakan di beberapa negara maju
02:35Jelas Nancy, isu berkenaan akan dibawa ke peringkat antarabangsa melalui perbincangan konvensyen
02:44Mengenai hak kanak-kanak CRC di Geneva bersama UNICEF dan negara-negara anggota lain
02:49Belum lagi ada undang-undang tetapi diusahakan
02:53Sebab ini perkara yang perlu kita lakukan untuk negara kita
02:58Seperti mana ada juga di negara lain yang telah establish the laws for them
03:04Tapi kita masih belum lagi
03:06Cuma insyaAllah akan ada yang kita lakukan
03:10Tetapi sekali melalui CRC itu kita akan ada perbincangan bersama melalui UNICEF
03:16Banyak negara-negara lain bersama dengan kita juga di CRC itu
03:21Untuk kita mendengar input dan memberi input daripada yang lain
03:26Mendengar feedback dan juga memberi input kepada masa kita berjumpa di Geneva
03:33Tambah Nancy, undang-undang tersebut perlu disusun segera
03:38Susulan peningkatan tren ancaman terhadap keselamatan kanak-kanak di alam cyber yang semakin membimbangkan
03:44Tegas Nancy lagi, mengikut data UNICEF terbaru
03:4883% kanak-kanak atau remaja di Malaysia terdedah kepada risiko dalam talian
03:53Dan 40% kumpulan kanak-kanak yang ada di Malaysia
03:56Tidak tahu melindungi diri mereka daripada ancaman-ancaman melalui media sosial dalam talian
04:01Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemelang 2024
04:08Jabatan Pendidikan Daerah Kucing di Dewan Hikmah Kucing pada Ahad
04:12Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan pelabelan kandungan yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan AI
04:20Sebagai AI generated di bawah Akta Keselamatan dalam Talian 2024
04:26Yang dijangka berkuat kuasa pada hujung tahun ini
04:28Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fadhil berkata
04:31Langkah itu penting bagi menangani penyalahgunaan AI khususnya dalam media sosial
04:36Yang boleh digunakan untuk tujuan penyipuan, penyebaran fitnah dan penyamaran identiti
04:41Mungkin kita akan pertimbangkan keperluan melalui contoh Online Safety Act
04:49Ataupun Akta Keselamatan dalam Talian yang akan berkuat kuasa insyaAllah hujung tahun ini
04:54Kita lihat platform-platform juga perlu bersifat proaktif untuk melabelkan kandungan AI sebagai AI generated content
05:05Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri program Institut Perhubungan Awam Malaysia UAI Mid-Ad Bansal pada Ahad
05:15Katanya beberapa platform media sosial mula melaksanakan pelabelan kandungan AI secara sukarela
05:22Dan inisiatif itu berpotensi untuk diperluas ke peringkat serantau melalui kerjasama dalam kalangan negara ASEAN
05:29Mengenai kebimbangan terhadap penyebaran video dan gambar palsu dihasilkan oleh AI
05:35Beliau berkata seakan ini tiada garis panduan kawasilia yang memuaskan di peringkat global
05:41Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Dun Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri PRN ke-17
05:50Hanya akan dibuat selepas mencapai konsensus dalam kalangan parti komponen gabungan rakyat Sabah GRS
05:57Pengerusi GRS Datuk Seri Haji Cinur berkata
06:00Walaupun beliau mempunyai hak prerogatif untuk menasihati yang dipertua negeri Tun Musa Aman
06:05Namun keputusan itu tetap memerlukan persetujuan bersama menerusi majlis tertinggi GRS
06:12Bila?
06:23Nantilah
06:23Sir, just one more question
06:27Are you going the full term?
06:32You got four months more?
06:33You got four months more?
06:34Itu jangan kong tanya itu, nanti sekarang fikirlah
06:38That's why we are in GRS, any decision must be made through majlis tertinggi
06:45When I want to dissolve, I will negotiate or inform all my colleagues, Presiden-Presiden parti
06:54Bila mau pula
06:56Konsensus lah ni kan?
06:57Konsensus
06:58Walaupun itu prerogatif petua menteri untuk advice tuan yang terutama
07:04Tapi kita tidak boleh membelakangkan kawan-kawan dalam gabungan
07:08Bagaimanapun beliau tidak mengulas lanjut mengenai tarikh perbincangan itu akan diadakan
07:14Ketika ditanya sama ada Dun akan dibiarkan terbubar secara otomatik pada November ini
07:19Beliau berkata perkara itu masih dalam pertimbangan
07:22Sebelum ini, Speaker Don Sabah, Datuk Seri Kazim M. Yahya memaklumkan bahawa
07:27Dun Sabah ke-16 akan terbubar secara otomatik pada 11 November ini
07:32Sekiranya tiada pembubaran dibuat sebelum tarikh berkenaan
07:36Mengulas mengenai spekulasi bahawa GRS akan bertanding secara solo pada PRN Sabah ke-17
07:42Beliau menjelaskan perkara itu juga akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi GRS
07:48GRS dianggotai 8 parti iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah Gagasan, PBS, STA, Parti Maju Sabah SAPP, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu USNO, Parti Liberal Demokrati LDP, Parti Harapan Rakyat Sabah dan Parti Cinta Sabah
08:08Fokus gabungan rakyat Sabah GRS adalah untuk mendapatkan sokongan rakyat negeri itu dan bukannya mana-mana gabungan parti nasional dari semenanjung
08:18Timbalan setiausaha GRS, Datuk Armiza Muhammad Ali berkata
08:22Penentu utama kepada sokongan perjuangan halatuju dan kemenangan gabungan itu adalah rakyat Sabah
08:28Jadi bagi saya, saya melihat ini teladan untuk kita melangkah ke depan
08:35Kita perlu rintis perubahan
08:37Cukup-cukuplah ada sentimen yang menganggap mereka lah tuan, mereka lah master
08:45Kita perlu hantar signal yang jelas, loud and clear
08:50Bahawa the master is not there
08:54The master is here and the master is the rakyat of Sabah
09:00The people of Sabah
09:01Jadi, we move on
09:05Apa juga pandangan mereka, kita jalan terus
09:07Decision has been made
09:09Now kita memilih parti lokal
09:11Kerana kita ingin merintis perubahan itu
09:14Bahawa pilihan kita akhirnya adalah pilihan mutlak daripada rakyat Sabah
09:21Beliau yang juga Menteri KPDN menyabut baik kenyataan pengurusi Pekatan Nasional, PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melihat sukar untuk bekerjasama dengan GRS
09:31Perkara itu katanya memudahkan kerja GRS tanpa perlu membuat kenyataan menolak kerjasama dengan pihak tertentu hingga di label sombong
09:41Untuk bagi saya yang penting adalah untuk kita melaksanakan ikhtiar
09:46Mendapat sokongan rakyat Sabah
09:48Dan bukannya sokongan atau dokongan daripada mana-mana parti atau gabungan yang lain
09:55Jadi, itu tiga perkara lah
09:57Bagi saya kita perlu ucapkan terima kasih lah
10:00Kepada Tan Sri Muhyiddin kerana membuat kenyataan tersebut
10:04Yang kedua, saya tidak mahu mengulas lanjut tentang persoalan yang disebutkan tentang kianat dan sebagainya
10:11Sebab didikan saya ini dalam politik
10:15Datuk Sri Panglima Haji Ji ajar saya
10:18Supaya kita jangan terjerumus bercakap tentang orang
10:24Tentang individu, tidak bagus dia bilang
10:27Jadi, saya ambil pendekatan itu
10:29I reserve my comment tentang isu kianat dan sebagainya
10:33Dalam masa yang sama
10:35Almizan menyatakan penolakan itu seharusnya dilihat sebagai teladan
10:39Untuk melakukan perubahan politik di Sabah ke arah yang lebih mandiri
10:43Tambahnya, melalui penolakan kerjasama dengan GRS oleh PN
10:47Dan sebelum ini PN Sabah
10:49Rakyat Sabah harus menilai sendiri bahawa pilihan terbaik untuk memimpin negeri
10:54Ialah parti lokal yang bertunjang di bumi Sabah sendiri
10:57Tindakan seorang pemandu kereta memperlahankan kenderaannya di lorong tengah kerana terdapat kemalangan di hadapan
11:06Membau padah apabila sebuah motosikal dari arah belakang merempuh kenderaan itu
11:11Dalam kejadian di kilometer 289.9 Leburaya, Kuala Lumpur, Seremban, Malam Ahad
11:18Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal yang merupakan penuntut kolej mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian
11:24Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazrun Abdul Yusof berkata
11:28Kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 malam ketika pemandu kereta Proton Beza dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Ibu Negara
11:36Siasatan mendapati pemandu kereta itu memperlahankan kenderaan kerana terdapat kemalangan di hadapan
11:42Dan tiba-tiba, sebuah motosikal yang ditunggang mangsa melanggar belakang kereta terbabit
11:47Kes disiasat mengikut Seksyen 41, Subseksyen 1, Akta Pengangkutan Jalan 1987
11:53Polis menahan seorang lelaki pada Sabtu malam bagi membantu siasatan berhubung kejadian khianat ke atas kereta di Jalan Lebu Pantai Georgetown, Pulau Pinang
12:07Lelaki tempatan berusia 37 tahun itu ditahan di tepi Jalan Persiaran Car Passing
12:12Turut dirampas adalah kereta suspek serta sebatang rotan digunakan ketika kejadian
12:17Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendent Lee Sui Sik berkata
12:23Suspek direman sehari bagi membantu siasatan
12:26Sebelum ini, seorang lelaki membuat laporan polis selepas kereta dipandunya dilanggar sebuah kereta jenis Perodera Myri yang dinaiki suspek dalam kejadian pada petang Jumat lepas
12:37Suspek kemudian keluar dari kereta dan mengambil sebatang rotan lalu memukul bahagian pintu belakang kederaan mangsa
12:44Akibat perbuatan suspek, mangsa mengalami kerugian hampir RM3,000 berukutan kerosakan pada kereta
12:51Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Kesesaan kerana melakukan perbuatan khianat terhadap harta benda awam
12:59Assalamualaikum dan selamat sejahtera
13:15Saya Irfan Faruki dan ini Sinar Awani
13:17Berikut adalah tumpuan-tumpuan utama kita malam ini
13:23Bukit Aman Siasat Penyebaran Dokumen Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
13:28Fahmi Fadil beri amaran minit mesyuarat rahsia kerajaan tertakluk akta rahsia rasmi
13:36Pangkai helikopter polis dijangka dinaikkan Isnin atau Selasa
13:43Dan disusun program kayu basikal 9km, Tun M terpaksa dirawat di IJN
13:52Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kebocoran laporan
14:00Dipercayai minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman JSC
14:04Yang tular di media sosial baru-baru ini
14:07Ketua Polis Negara Datuk Seri Muhammad Khalid Ismail berkata
14:10Siasatan itu dikendalikan unit siasatan jenayah terkelas USJT
14:14Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman
14:17Menurutnya tumpuan siasatan terarah kepada pendedahan dan penyebaran maklumat tersebut
14:23Sama ada di peringkat dalaman mahupun menerusi platform media sosial
14:26Justru kata beliau polis akan memanggil ke semua saksi kompeten untuk direkodkan kenyataan berhubung kes terbabit
14:34Kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 Seksyen 203A Kanun Kesiksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
14:46Dalam pada itu polis turut menesatkan orang ramai agar tidak mendedahkan sebarang dokumen atau maklumat yang diklasifikasikan sebagai terperingkat
14:55Menurut beliau tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati mendedahkan dan menyebarkan maklumat tersebut
15:02Petikan minit mesyuarat JSC yang didakwa berlangsung pada Mei lalu tersebar di media sosial sejak Sabtu
15:09Dipercayai bermula dari laman Reddit sebelum tular di Facebook dan aplikasi X
15:14Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadil mengingatkan bahawa mana-mana dokumen kerajaan yang diklasifikasikan sebagai rahsia
15:23Termasuk minit mesyuarat adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi USA
15:28Fahmi memberikan reaksi itu apabila timbul dakwaan minit mesyuarat suruhan jaya pelantikan kehakiman JSC dibocorkan
15:34Jelas beliau laporan polis sudah dibuat berhubung dakwaan kebocoran minit mesyuarat JSC yang tular sejak Sabtu
15:44Saya difahamkan ada laporan polis yang telah dibuat
15:47Saya tidak boleh sahkan sama ada dokumen yang tersebar itu sahih ataupun tidak
15:54Masa yang sama sekiranya ia adalah dokumen yang sahih dan terperingkat
16:03Yang maksudnya classified khususnya rahsia maksudnya Akta Rahsia Rasmi terpakai
16:10Jadi kita perlu berwaspada pertama sama ada dokumen tersebut sahih ataupun tidak
16:16Kedua sekiranya ia sahih dan berstatus rahsia maka ini terutama untuk rakan-rakan media
16:24Saya minta untuk berhati-hati
16:26Jangan kita sebarkan kalau sesuatu dokumen itu terperingkat maka Akta Rahsia Rasmi terpakai
16:36Untuk siasatan kita serah kepada pihak PDRM untuk melakukan siasatan
16:42Beliau turut menegaskan bahawa penyebaran dokumen seumpama itu adalah satu kesalahan
16:49Sekiranya ia benar-benar diklasifikasikan sebagai rahsia
16:52Sebelum ini media melaporkan satu petikan minit mesyuarat JSC dari bulan Mei telah tersebar di media sosial
17:00Minit tersebut dilaporkan mengandungi dakwaan serupa dengan laporan polis dibocorkan sebelum ini
17:06Yang dibuat bagi pihak seorang hakim kanan pada bulan Jun
17:09Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman JSC 2009 bukanlah undang-undang yang mengikat dalam pelantikan hakim
17:19Sebaliknya ia berperanan untuk menapis, menilai dan mencadangkan calon kepada Perdana Menteri
17:24Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi
17:29Datuk Seri Azalina Osman Said berkata
17:31Jika wujud keperluan atau tuntutan untuk menjadikan cadangan JSC sebagai mengikat
17:36Maka Perlembagaan Persekutuan perlu dibinda
17:39Tegasnya pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi
17:43Tetap tertakluk kepada perkara 122B Perlembagaan Persekutuan
17:47Azalina turut merujuk penjelasan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri
17:51Datuk Seri Muhammad Nazri Abdul Aziz menerusi Hansat di Dewan Rakyat
17:55Yang menjelaskan bahawa Akta JSC adalah satu peruntukan pentadbiran
18:00Dan tidak mempunyai kuasa mengikat
18:02Sementara itu, Azalina berkata pelantikan pengganti jawatan tertinggi kehakiman
18:06Hanya akan diputuskan selepas mesyuarat Madlis Raja-Raja ke-269 pada 15 hingga 17 Julai ini
18:13Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadli Sha'ari menggesa Perdana Menteri
18:23Untuk memberi penjelasan secara terbuka
18:25Berhubung dawaan kebocoran minit mesyuarat suruhan jaya pelantikan kehakiman JSC
18:29Yang tular di media sosial baru-baru ini
18:31Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata
18:34Jika dawaan itu terbukti benar, ia boleh memberi kesan kepada integriti institusi kehakiman
18:39Serta kedudukan Perdana Menteri itu sendiri
18:42Lebih membimbangkan kata Fadli
18:43Terdapat dawaan bahawa tekanan diberikan ke atas Ketua Hakim Negara
18:47Untuk mempengaruhi keputusan kes tertentu dan memindahkan hakim-hakim yang tidak sehaluan
18:53Menurutnya, ia merupakan bukti jelas bagaimana institusi kehakiman dijadikan alat kepada kepentingan politik
18:59Dan dakwanya, kedudukan Perdana Menteri tidak lagi selari
19:02Dengan prinsip integriti, amanah dan keluhuran perlembagaan
19:06Yang menjadi asas sistem pentadbiran negara
19:09Justeru katanya jika dawaan itu benar
19:11Maka Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu meletak jawatan serta-merta
19:14Dan memberi laluan kepada pentadbiran interim yang bebas mengambil alih
19:18Ahmad Fadli menegaskan mana-mana pihak yang terlibat dalam usaha mencemarkan institusi kehakiman
19:23Perlu diadili tanpa sebarang prejudis
19:25Berikutnya, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara IJN
19:39Selepas mengalami keletihan pada pagi ahad
19:42Perkara itu disahkan pembantunya Sufi Yusuf kepada Astro Awani
19:46Menurut Sufi, Dr. Mahathir dibenarkan keluar sekitar jam 4.45 petang tadi
19:51Sebelum itu Sufi memaklumkan Dr. Mahathir sedang berehat di IJN kerana keletihan
19:56Selepas menghadiri program Piknik and Potluck di Putrajaya
20:00Dr. Mahathir hadir program tersebut sempena sambutan kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai lalu
20:07Serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tuan Dr. Sityas Mohamad Ali
20:12Dr. Mahathir yang juga Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 tiba pukul 7.45 pagi
20:17Dengan memandu sendiri sebelum mengayuh basikal di sekitar Tasik Putrajaya
20:22Bangkai helikopter PDRM jenis ES-355N yang terhempas berhampiran Sungai Pulai
20:31Gelang Patah Johor pada Khamis lalu dijangka dinaikkan pada esok atau lusa
20:36Perkara itu dimaklumkan Komanda Pasukan Gerakan Udara PGU
20:40Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraan Awam KDNKA
20:43Datuk Nur Syam Matjani
20:45Proses menaikkan bangkai helikopter itu akan dilakukan dengan bantuan tentera laut diraja Malaysia TLDM
20:51Atau Agensi Penguat Kuasa Apariti Malaysia EPMM
20:55Nur Syam berkata setakat ini kotak rakaman suara masih berada dalam bangkai helikopter terbabit
21:05Datang bangkai pesawat helikopter yang masih lagi di dasar
21:09Kita janggakan dalam masa terdekat ini akan dinaikkan dengan bantuan daripada pasukan-pasukan keselamatan sahabat
21:16Ada Navy atau APMMM yang bersedia untuk membantu pihak Pasukan Gerakan Udara PDRM
21:22Untuk menaikkan bangkai ataupun pesawat yang tenggelam
21:26InsyaAllah dengan adanya bantuan-bantuan daripada agensi-agensi luar
21:31Proses untuk menaikkan akan lebih cepat
21:34Supaya Badan Siasatan Ketenteraan Udara atau BHKU dapat menjalankan siasatan dengan lebih lanjut
21:39Tentang apa insiden yang berlaku pada hari tersebut
21:42Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat 5 kru yang terlibat dalam insiden helikopter terhempas di Hospital Sultanah Aminah HSA Johor Baru Johor
21:54Nur Syam turut memaklumkan 4 kru helikopter yang dirawat dalam keadaan stabil
21:59Bagaimanapun, Constable R.G. Devendran masih ditidurkan di unit rawatan rapi HSA
22:05Pada Khamis, helikopter IS-355 milik PDRM itu dilaporkan terhempas berhampiran JT Maritim Malaysia di Gelang Patah
22:14Kejadian berlaku ketika sudah melakukan lintas hormat sebagai sebahagian demonstrasi sempena latihan Midsatom 2025
22:21yang melibatkan 4 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura
22:27Polis sahkan menerima satu laporan berhubung kenyataan palsu di muat naik di media sosial
22:35mendakwa Sultan Kelantan Sultan Muhammad V mangkat minggu lalu
22:39Ketua Polis Kelantan Dato' Muhammad Yusuf Muhammad berkata
22:42siasatan kes berkenaan dijalankan unit siasatan cenayah terkelas USJT Bukit Aman
22:47Ujarnya individu yang bertanggungjawab juga sudah dikesan dan kes disiasat mengikut Akta Hasutan 1948
22:54Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontingen Kelantan pada Ahad
23:01Baru-baru ini tular di media sosial seorang individu membuat kenyataan palsu mengenai kemangkatan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V
23:18Seketika nanti PKR belum bincang gesaan gantung sembilan ahli parlimen
23:24Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat PKR masih belum bermusyarat berhubung gesaan
23:44supaya sembilan ahli partimen parti itu digantung keahlian
23:48Ketua Penerangan PKR Dato' Fahmi Fadil berkata sebarang keputusan mengenai perkara itu
23:52hanya dibuat selepas Majlis Pimpinan Pusat bermusyarat
23:56Majlis Pimpinan Pusat belum bermusyarat
24:00jadi mungkin boleh rujuk dengan setuju sahagung
24:03Yang Mohd Dato' Pusyah
24:05Gesaan penggantungan dibuat oleh sekurang-kurangnya 20 bahagian PKR di Johor
24:10dan Kedah yang mendakwa tindakan mereka itu melanggar disiplin dan kod etika parti
24:15Sembilan wakil rakyat terbabit termasuk
24:18Dato' Sri Rafizi Ramli
24:19Nik Nazmid Nik Ahmad
24:20Wong Chin
24:21Rodzia Ismail
24:23Zahir Hassan
24:24Dato' Bahtia Wan Cik
24:26Sheikh Ibrahim Sheikh Noor
24:27dan S.K. Zavan
24:28Pada 7 Julai lalu
24:30kesemua mereka secara terbuka menyeru
24:32agar RCI ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan campur tangan
24:36dalam pelantikan badan kehakiman negara
24:38Kementerian Pendidikan Tinggi KPT
24:42sudah memantau rapi sebarang aktiviti berkaitan gerakan militan
24:46berasaskan fahaman ekstremis Islamic State IS
24:49dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi IPT
24:52Menterinya Dato' Sri Dr. Zambri Abdul Qadir berkata
24:55langkah itu susulan penahanan beberapa individu
24:58dalam kalangan 36 warga Bangladesh
25:00yang disyaki terlibat dengan fahaman tersebut
25:02Mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khadir
25:062012 Susma baru-baru ini
25:08Menurut Zamri
25:12KPT sentiasa menjalankan pemantauan
25:14dengan kerjasama pihak keselamatan
25:16khususnya Polis Diraja Malaysia PDRM
25:19bagi memastikan fahaman-fahaman ekstrem
25:22seperti ini tidak menular
25:23sama ada dari dalam atau luar negara
25:26Pada 30 Jun lalu
25:28Ketua Polis Negara Dato' Sri Muhammad Khalid Ismail
25:31berkata sebahagian daripada individu yang ditahan
25:34telah dihantar pulang ke negara asal
25:36Menteri Dalam Negeri Dato' Sri Saifuddin Nasution Ismail
25:40juga ada menyatakan sebelum ini bahawa
25:42tiada rakyat Malaysia yang direkrut
25:44dalam rangkaian militan melibatkan warga Bangladesh
25:47Beliau berkata hasil siasatan pasukan cawangan khas PDRM
25:52mendapati kumpulan yang menyebarkan fahaman ekstrem
25:55berasaskan ideologi IS ke Malaysia
25:57hanya melibatkan warga Bangladesh
26:00Saifuddin juga dilaporkan berkata
26:02penahanan 36 warga Bangladesh itu
26:04dilakukan menerusi 3 fasa operasi keselamatan terancang
26:07di Selangor dan Johor
26:09bermula 24 April lepas
26:12Berikutnya, polis sudah mengesan
26:16seorang remaja yang melarikan diri
26:18selepas mencuri beberapa barangan
26:20di sebuah pasaraya di Bandar Seri Jempul
26:22Negeri Sembilan pada Jumat lalu
26:24Ketua Polis Daerah Jempul
26:26Supertender Nur Hisham Mustafa berkata
26:28suspek dilihat berada dalam keadaan mencurigakan
26:30apabila keluar masuk premis
26:33sambil membawa sebuah beg
26:34Pemeriksaan terhadap beg yang disandang suspek
26:40menemui beberapa barangan yang tidak disertakan
26:43dengan risid pembayaran
26:44Suspek cuba didahan namun dihalang oleh
26:47dua individu dipercayai ibu bapanya
26:49yang merayu agar suspek dilepaskan
26:52kerana masih bersekolah
26:53Remaja itu kemudiannya melarikan diri
26:56selepas berlaku pergelutan di lokasi kejadian
26:58Laporan berhubung kejadian itu
27:00sudah dibuat oleh pihak pengurusan pasaraya terbabit
27:03Kes disiasat di bawah
27:05Seksyen 380 Kanun Kesiksaan
27:07serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil
27:11Video kejadian berkenaan
27:13berdurasi 3 minit 44 saat
27:15menjadi tular di media sosial pada Sabtu
27:17Sepasang kekasian juga pelajar sekolah menengah ditahan
27:23selepas dipercayai membuang bayi lelaki
27:26yang baru dilahirkan di Bahu Jalan
27:28di Bukit Selambau pada Sabtu
27:30Ketua Polis Daerah Kuala Muda
27:33ECP Hanyan Ramlan berkata
27:35bayi berkenaan yang masih bertali pusat
27:37ditemui orang awam di Lorong Cempa Keindah
27:3939 Taman Cempa Keindah
27:42jam 9.55 pagi
27:43Menurut saksi, dia terdengar tangisan bayi
27:46sebelum ketika sedang menjemur pakaian
27:50dan terus mendekati menemui bayi itu
27:52dalam keadaan tidak berpakaian
27:53dan terbaring di atas tanah berbatu
27:55di Bahu Jalan
27:56Hanyan berkata
27:57bayi terbabit kemudian dibawa ke unit
28:00kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim
28:02HSEH untuk pemeriksaan lanjut
28:04dan disahkan dalam keadaan sihat
28:06hanya mengalami calar pada mata
28:09dan badan sebelah kanan
28:10katanya hasil sasatan juga menemukan
28:12kesan titisan darah di sekitar lokasi kejadian
28:15kes disiasat mengikut Seksyen 317
28:18kerana kesiksaan kerana menyembunyikan
28:20kelahiran dan membuang bayi
28:22Seketika nanti
28:29lelaki warga Palestine Amerika dipukul
28:32sampai mati
28:33Sekurang-kurangnya 27 penduduk Palestine terbunuh
28:48manakala lebih 180 lagi cedera
28:51apabila tentera Israel
28:52melepaskan tembakan ke arah orang awam
28:54yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan
28:56berhampiran Pusat Agihan Bantuan
28:58Al-Shakush di Utara Rafah
29:01Insiden berdarah itu berlaku pada Sabtu
29:03ketika ratusan penduduk berkumpul
29:05untuk mendapatkan bekalan makanan
29:06yang disalurkan menerusi
29:08Gaza Humanitarian Foundation
29:10GHF
29:11sebuah entiti bantuan
29:12yang disokong Amerika Syarikat dan Israel
29:14Suasana penuh pilu menyelubungi
29:18Hospital Nasir di Khan Yunis
29:20apabila ahli keluarga mangsa hadir
29:22untuk menerima jenazah orang tersayang
29:25yang terkorban dalam kejadian berkenaan
29:27Seorang paramedik Palestine Hassan Omran berkata
29:31lebih 150 kecederaan diterima pasukannya
29:34Katanya lebih 20 mangsa maut
29:37akibat tembakan
29:38dan kebanyakan kecederaan yang dilihat
29:40adalah di bahagian kepala dan dada
29:42Beberapa saksi mendakwa mereka ditembak
29:45oleh penembak tepat ketika cuba
29:47mendekati pusat bantuan GHF
29:49Tentera Israel ketika diminta mengulas
29:52hanya menyatakan mereka sedang
29:53menyiasat laporan insiden itu
29:55Sebelum ini Pejabat Hak Asasi Manusia
29:58Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB
30:00merekodkan sekurang-kurangnya
30:02798 kematian
30:04dalam tempoh 6 minggu lalu
30:06di kawasan agihan bantuan
30:07yang dikenalikan oleh GHF
30:09serta konvoy bantuan lain
30:11GHF dilaporkan menggunakan
30:14syarikat keselamatan dan logistik swasta
30:16dari Amerika Syarikat
30:17untuk membawa masuk bekalan bantuan ke Gaza
30:20sekaligus mengenepikan sistem agihan
30:22diketuai PBB
30:23PBB menyifatkan model agihan bantuan itu
30:27sebagai tidak selamat secara asas
30:29dan melanggar prinsip ketidak berpihakan
30:31dalam misi kemanusiaan
30:33Seorang lelaki warga Palestine Amerika
30:37dilaporkan dipukul hingga mati
30:39oleh pendatang haram Israel di teming barat
30:42manakala seorang lagi lelaki
30:43ditembak mati
30:45menurut Kementerian Kesihatan Palestine
30:47warga negara Amerika Syarikat
30:48Sayyafullah Musallid
30:5020 tahun
30:51dipukul dengan teruk
30:52dalam insiden pada petang Jumat
30:54di Sinjil, Utara Ramallah
30:56sementara seorang lagi
30:57dikenali sebagai Hussein Al-Shalabi
30:5923 tahun
31:00telah ditembak di bahagian dada
31:02Reuters melaporkan
31:06ahli keluarga masing-masing
31:07berkumpul di Bandar Al-Mazra'ah
31:09Ash-Sharqiyah
31:10pada Sabtu
31:11meratapi pemergian
31:13kedua-dua mangsa
31:14dalam sebuah video
31:15yang diperoleh Reuters
31:17penduduk Palestine
31:18dilihat mengusung jasad Hussein
31:20selepas jenazahnya ditemui
31:22di bawah sebatang pokok
31:24sementara itu
31:24keluarga Sayyafullah
31:26yang berasal dari
31:27Tampa, Florida
31:28dalam kenyataan berkata
31:29pasukan perubatan
31:30mengambil masa 3 jam
31:31untuk tiba di lokasi mangsa
31:33sebelum abangnya
31:34berjaya membawanya
31:35ke ambulans
31:36bagaimanapun
31:37mangsa meninggal dunia
31:38sebelum sempat
31:39tiba di hospital
31:40mereka turut mendesak
31:42Jabatan Negara Amerika
31:43mengetuai
31:44siasatan segera
31:45dan mendakwa
31:46pendatang haram terbabit
31:47Dalam perkembangan sama
32:14seorang jurucakap
32:16Jabatan Negara Amerika
32:17pada Jumaat berkata
32:18pihaknya menyedari
32:18insiden tersebut
32:19namun
32:20tidak memberikan
32:21sebarang komen lanjut
32:22demi menghormati
32:23privasi keluarga
32:24dan orang tersayang
32:25Tentera Israel
32:26pula memaklumkan
32:27mereka sedang menjalankan
32:28siasatan
32:29terhadap insiden
32:30di Bandar Sinjil
32:31Berikutnya
32:34Pertubuhan Bangsa-Bangsa
32:35Bersatu PBB
32:36mengeluarkan amaran
32:37bahawa ribut pasir
32:38dan debu
32:39yang semakin kerap
32:40dan intensif
32:41telah menjejaskan
32:42kehidupan kira-kira
32:43330 juta orang
32:44di seluruh dunia
32:45Menurut PBB
32:46fenomena ini
32:47berkait rapat
32:48dengan perubahan iklim
32:49serta aktiviti manusia
32:50yang tidak lestari
32:51Laporan terkini
32:52PBB menunjukkan
32:53bahawa kawasan
32:54seperti Afrika Utara
32:55Asia Barat
32:56Asia Tengah
32:57serta bahagian
32:58Amerika Selatan
32:59dan Utara kini
33:00mengalami peningkatan
33:01mendadak
33:01dalam kejadian
33:02ribut debu
33:03Pemanasan global
33:04memercepatkan
33:05pengeringan tanah
33:06sementara penggunaan
33:07tanah yang berlebihan
33:08dan tidak terkawal
33:09turut mempurukkan
33:10lagi keadaan
33:11Wakil Program Alam Sekitar
33:13PBB UNEP
33:14menegaskan
33:15bahawa ribut debu
33:16bukan sekadar
33:17gangguan sementara
33:18tetapi ancaman
33:19kepada alam sekitar
33:20kesihatan awam
33:21dan keselamatan
33:22makanan global
33:23pendedahan
33:23kepada zarah debu
33:25membawa risiko
33:25pernafasan yang serius
33:27seperti asma
33:28dan penyakit
33:28paru-paru kronik
33:29ribut ini juga
33:30mengganggu sektor penting
33:32seperti pengangkutan
33:33pertanian
33:34dan tenaga solar
33:35sekaligus
33:36memberi kesan
33:36ekonomi besar
33:37kepada negara-negara terjejas
33:39sekian sahaja
33:45awani tujuan 45
33:46dan sinar awani
33:47untuk malam ini
33:47saya Irfan Faruki
33:48salam urman
33:49terima kasih telah menonton!
33:57terima kasih telah menonton!

Recommended