00:00Polis mengesahkan telah membuka kertas inkwari bagi mengenalpasti kesalahan jenayah berhubung program motivasi rumah tangga IHATI yang didakwa tidak bermoral.
00:11Ketua Polis Selangor Dato' Husin Omar Han berkata beberapa saksi akan dipanggil dalam masa terdekat bagi mendapatkan pengesahan.
00:18Ia termasuk melibatkan penggunaan air yang didakwa boleh menghayalkan.
00:23Jelas Husin setakat ini maklumat hanya diperoleh daripada pihak ketiga dan polis akan memanggil mana-mana individu yang terlibat bagi membuktikan sama ada wujudnya kesalahan jenayah atau sebaliknya.
00:38Susulan itu, polis akan membuka kertas siasatan bagi mendapatkan keterangan secara terus dan pengesahan mengenai penggunaan air tertentu atau kesalahan lain di bawah kanun kesiksaan.
00:49Husin menambah pihaknya turut menjalin kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor Jais mengikut bidang kuasa masing-masing bagi mendapatkan fakta penting berkaitan dakwaan terhadap IHATI.
01:01Menteri Besar Selangor Dato' Sri Amiruddin Syari meminta Jais untuk menyiasat dakwaan berlaku aktiviti tidak bermoral semasa penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di Syah Alam.
01:13Amiruddin pada Sabtu dilaporkan berkata perkara itu perlu diambil berat dan tindakan tegas perlu diambil jika dakwaan tersebut didapati benar setelah penyiasatan secara menyeluruh dilakukan.
01:25Kes perkenaan disiasat mengikut Seksyen 7 Inak Menjenayah Syariah Selangor 1995 iaitu berkaitan dokerin palsu kerana disyaki berlaku ubacara atau perbuatan yang bertentangan dengan hukum syarat.