Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Kerajaan Korea Selatan bersedia menghadapi hujan lebat di negara itu dengan mengambil langkah berjaga-jaga.
Transcript
00:00Kerajaan Korea Selatan mengambil langkah awal menghadapi cuaca buruk dengan mengadakan mesyuarat tergempa bersama agensi-agensi kerajaan berkaitan pada ahad.
00:09Pertemuan itu bagi membincangkan tahap kesiapsiagaan negara menghadapi hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan utama.
00:19Mesyuarat tersebut diketuai oleh Kementerian Dalam Negeri susulan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh agensi kaji cuaca negara itu.
00:26Hujan lebat antara 100 hingga 150 mm dijangka turun secara berterusan sehingga Isnin, terutamanya di kawasan selatan serta pesisir timur wilayah Gangun dan wilayah Gyeongsang Utara.
00:39Kerajaan memutuskan untuk mengukuhkan langkah-langkah kecemasan setiap ada termasuk memberi tumpuan di kawasan yang pernah terjejas kebakaran hutan kerana berisiko tinggi mengalami tanah runtuh susulan kelembapan tanah yang tinggi.
00:51Pihak berkuasa juga diarahkan untuk bersiap sedia menjalankan operasi pemindahan penduduk dengan segera sekiranya keselamatan awam terancang.
01:00Ketua Ibu Pejabat Pengurusan Keselamatan Bencana Kim Kwan Yong berkata kerajaan akan terus pantau perkembangan cuaca dan memastikan segala langkah yang diambil dilaksanakan dengan pantas dan berkesan.
01:11Ketua Ibu Pejabat Pengurusan Keselamatan Bencana Kim Kwan

Recommended