00:00Sebuah kereta api kargo yang membawa minyak mentah terbakar di Tirovalur, Tamil Nadu, India pada ahad.
00:06Kebakaran berlaku ketika kereta api dengan 45 gerabak itu melalui laluan dari Enore ke Jolapetai.
00:14Dilapor 4 gerabak musnah sepenuhnya dan api merebak ke beberapa gerabak lain.
00:19Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
00:22Kejadian menyebabkan gangguan perkhidmatan di Chennai, ibu negeri Tamil Nadu.
00:26Beberapa tren dibatalkan dan 5 lagi menggunakan laluan alternatif.
00:30Pasukan bomba dan pasukan tindak balas bencana kebangsaan NDRF dikerah ke lokasi untuk memadamkan api dan menjalankan operasi pemulihan.
00:40Penduduk berhampiran landasan turut dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.
00:45Punca kejadian masih disiasat namun polis mengesyaki ia berpunca daripada 2 gerabak yang tergelinci.