00:00Sebuah roket dari Taiwan terhempas sejurus dilancarkan dari sebuah tapak pelancaran angkasa persendirian di utara Jepun.
00:07Roket setinggi 12 meter dinamakan VP1 itu dilancarkan oleh GT Space Co., cabang Jepun sebuah syarikat aeroangkasa Taiwan pada Sabtu.
00:18Peringkat pertama, roket dipercayai terpisah dan jatuh ke lautan Pasifik seperti yang dirancang.
00:25Bagaimanapun, peringkat kedua, menyaksikan roket kehilangan kestabilan sejurus selepas pemisahan dan terhempas di kawasan larangan berhampiran tapak pelancaran.
00:37Susulan itu pengendali pelabuhan, Space Co. berkata misi tidak dapat diteruskan.
00:43Ketua Pegawai Eksekutifnya Yoshinori Odagiri berkata syarikat akan menunggu hasil siasatan bagi mengenalpasti punca masalah.
00:52Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.
00:56Ujian bertujuan menghantar VP1 ke ketinggian kira-kira 100 km bagi mengesahkan prestasi roket itu sekaligus menyokong pembangunan pelancar orbit yang mampu membawa satelit.