Urusan pengisytiharan anggapan kematian 54 rakyat Malaysia yang hilang dalam tragedi banjir di Nepal tertakluk sepenuhnya kepada prosedur perundangan dan mekanisme pentadbiran negara itu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya boleh mengeluarkan sijil kematian rasmi di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) selepas pihak berkuasa di lokasi insiden mengeluarkan pengesahan terlebih dahulu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806069/berita/semasa/54-rakyat-malaysia-hilang-jpn-keluar-sijil-kematian-selepas-pengesahan-nepal---saifuddin

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Nepal

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tapi yang berlaku pada 26.8 kemarin, di sungai Botekoshi, Nepal itu, banjir besar.
00:09Jadi ada 54 rakyat Malaysia yang kita tak dapat kesan.
00:15Jadi keluarga dia menemui Perdana Menteri, Perdana Menteri menelpon rakan sejawatnya
00:20dan hasilnya ialah kerajaan Nepal telah meluluskan satu perintah eksekutif.
00:30Namanya Ordinance to Amend Certain Nepal Act Related to Disaster.
00:36Dengan pindaan administratif ini, satu anggapan kematian sebelum kerajaan Nepal keluarkan sijil mati,
00:44asalnya 12 tahun.
00:47Tapi dengan pindaan itu dipendekkan kepada 45 hari saja.
00:51Insiden itu dah 95 hari dah hari ini.
00:53Jadi JPN terlibat bersama Wisma Putra untuk berada di Kathmandu
01:01untuk mendengar penjelasan dan implikasi terhadap pindaan itu.
01:07Jadi kita tak payah tunggu 12 tahun.
01:1045 hari, sijil anggapan kematian itu akan dikeluarkan oleh kerajaan Nepal.
01:16Jadi bila pengesahan itu datang daripada kerajaan Nepal ke atas 54 orang ini,
01:22JPN akan menyusul untuk mengeluarkan sijil kematian bagi memudahkan urusan para waris
01:29melakukan proses yang berikutnya.
01:32Terima kasih.
01:33Terima kasih.

Recommended