Seorang ahli Parlimen kerajaan mencadangkan supaya Kementerian Komunikasi membuat jemputan rasmi kepada semua bekas Perdana Menteri untuk menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun akan datang.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim berkata, tradisi sama turut dibuat di negara maju lain termasuk Amerika Syarikat (AS) sebagai tanda mengenang jasa bekas pemimpin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805836/berita/nasional/tak-manis-datang-sendiri---hasan-cadang-semua-bekas-pm-dijemput-hadiri-sambutan-hari-kebangsaan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #bekaspmdijemputhadirisambutanharikebangsaan

Category

🗞
News
Transcript
00:00Saya merujuk maksud bekalan 47 Kementerian Komunikasi iaitu Butiran 04.0000 program khusus iaitu Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
00:18Pertama saya mengucapkan taniah kepada YB Menteri dan Timbalan serta seluruh kakitangan pegawai di Kementerian Komunikasi kerana telah berjaya dalam
00:35beberapa tahun ini mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan.
00:40Hanya untuk mengetahui misalnya anggaran tahun 2026 dan 2027 iaitu kod 2000 berkenaan perkhidmatan dan bekalan.
00:59Boleh tengahkan apa maksud perbelanjaan itu sampai 15 juta itu.
01:04Begitu juga bagi kod 40.000.000 iaitu pemberian kenaan dan bayarannya sampai 10 juta itu.
01:21Tidak ada komplain hanya nak tahu berbelanja untuk apa.
01:28Isu yang lain ialah saya mencadangkan untuk Sambutan Hari Kemerdekaan tahun-tahun yang akan datang.
01:42Jemputlah secara rasmi bekas-bekas mantan-mantan Perdana Menteri yang lalu.
01:52Perdana Menteri yang ke-6, ke-7 yang masih hiduplah.
01:59Perdana Menteri ke-8, ke-9 dan ke-10.
02:02Kalau ada Perdana Menteri dalam tahanan rumah pun tak ada masalah.
02:07Jemput sekali.
02:08Minta kebenaran KDN untuk hadir.
02:15Sebab kalau kita tengok di Amerika Syarikat, bila ada sebagai contohnya,
02:21bukan semuanya bagus di Amerika itu, tapi saya tengok ada tradisi di sana.
02:26Kalau ada majlis negara, dia jemput presiden-presiden yang lama itu.
02:30Rasanya tidak manis lah kalau bekas Perdana Menteri datang ke Hari Merdeka di Putrajaya,
02:43datang seorang diri.
02:47Jadi membazir saja, kerajaan membelanja 25 juta jika tidak diurus dengan baik.
02:59Mungkin bukan kesalahan pihak penghanjung, pihak kerajaan.
03:02Tetapi perkara ini tentu boleh diselesaikan dengan baik.

Recommended