'Arwah beria-ia nak sambut hari jadi anak, mahu belanja keluarga'

Seorang anggota polis berpangkat koperal maut semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja selepas dipercayai dirempuh kereta selepas terjatuh dari motosikal jenis Yamaha LC di Pulau Melaka, Kota Bharu pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Mangsa, Muhamad Alimi Kamarudin, 35, yang bertugas di Cawangan Persenjataan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Bukit Marak selepas tamat waktu bekerja.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805228/berita/semasa/arwah-beria-ria-nak-sambut-hari-jadi-anak-mahu-belanja-keluarga

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #beritasemasa #kemalanganmaut #KotaBharu #polismautmotosikaldirempuhkereta

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang kota polis berpangkat korporal maut semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dipercayai dirempuh kereta selepas terjatuh dari motosikal
00:10Indonesia Maha LC di Pulau Melaka, Kota Baru pada Rabu.
00:15Mangsa Muhammad Ali Mika Marudin, 35 tahun yang bertugas di cawangan persenjataan Ibu Kedewak Polis daerah Kota Baru dikatakan dalam
00:24perjalanan pulang ke rumah di Bukit Marak selepas tamak waktu bekerja.
00:30Isterinya Khalidah Adilah Zainuddin, 31 tahun berkata sekitar jam 4 petang dia membuat panggilan kepada suaminya namun tidak dijawab.
00:39Panggilan kedua diangkat namun yang menjawabnya adalah orang lain. Dia terkejut selepas dimaklumkan suami terlibat dalam kemalangan dan diminta datang
00:48ke lokasi kejadian namun tidak dimaklumkan tentang keadaan suaminya itu.
00:52Khalidah Adilah hadir bersama dua anak lelakinya yang berusia 4 dan 7 tahun di Unit Forensi Hospital Pakar Universiti Sains
01:00Malaysia.
01:01Sementara itu, kakak mangsa Siti Nur Adilah, 38 tahun, memberitahu adik ketiga daripada lima beradik itu seorang yang sangat baik,
01:10pemurah dan rajin.
01:11Kali terakhir, mereka berjumpa pada 3 November lalu semasa hari ulang tahun ibu, Hamidah Muhammad, 63 tahun.
01:18Pada hari tersebut, arwah bernyiria meminta untuk meraihkan juga hari jadi anak bonsunya bersama yang lahir pada hujan November serta
01:26adik mereka.
01:27Menurut dia, Muhammad Alimi telah meminta untuk belanja seluruh adik keluarga dengan membayar makan serta membeli kek.
01:34Mujanya, itulah kata rahim mereka semua berkumpul.
01:37Siti Nur Adilah mempertahui jenazah adiknya itu akan dibawa pulang ke kampung di Keterih dan dikebumikan di sana.

Recommended