00:00Demi kepuasan hobi dan mahu menonjol dalam kalangan rakan serta pengguna jalan raya lain,
00:06ada pemilik motosikal sanggup membelanjakan wang sehingga puluhan ribu ringgit
00:11untuk mengubahsuai kenderaan mereka secara ekstrim.
00:14Lebih membimbangkan antara pengubahsuaian yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Pulau Pinang
00:21termasuk penggunaan tayar terlalu kecil atau dikenali sebagai tayar sotong,
00:26eksos tanpa penyerap bunyi, lengan ayun belakang yang dipanjangkan
00:31sehingga menyebabkan sistem brake belakang tidak dapat dipasang
00:35sekaligus mengakibatkan motosikal berkenaan tidak mempunyai brake belakang.
00:40Pengarah JPJ Pulau Pinang, Zulkifli Ismail berkata,
00:44sebanyak 3,874 motosikal diperiksa menerusi operasi khas motosikal ekstrim
00:51yang dilaksanakan sejak 1 Januari hingga Kamis.
00:54Menurutnya daripada jumlah itu, sebanyak 1,006 motosikal diambil tindakan
01:00atas pelbagai kesalahan teknikal dan pelanggaran jalan raya.
01:04Sepanjang operasi dijalankan, pelbagai bentuk pengubahsuaian ekstrim
01:09dilakukan pemilik motosikal sehingga menjejaskan aspek keselamatan,
01:14kestabilan dan tahap bunyi bising kenderaan.
01:17Selain itu, ada pemilik membuang penyerap bunyi pada sistem eksos
01:21sehingga menghasilkan bunyi bising yang mengganggu ketentraman penduduk setempat.
01:26Beliau menambah, pengubahsuaian lengan ayun belakang yang dipanjangkan
01:30daripada spesifikasi asal turut dikesan kerana ia boleh menyebabkan
01:35sistem brake belakang tidak dapat dipasang dengan sempurna,
01:39sekaligus mengakibatkan motosikal berkenaan tidak mempunyai brake belakang.
01:44JPJ turut mengesan kesalahan membabitkan pengubahsuaian enjin,
01:48penunggang motosikal bawah umur, mengubah nombor casis
01:52serta kegagalan mematuhi spesifikasi nombor pendaftaran.