Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan bahawa kerajaan perlu menjadikan usaha mengesan dan membawa pulang Jho Low sebagai satu keutamaan kerana beliau merupakan individu utama dalam skandal 1MDB.
Transcript
00:00Semoga kembali, Angkatan Muda Keadilan, AMK menegaskan kerajaan perlu mengutamakan usia mengesan dan membawa pulang Jolo yang merupakan dalang utama kepada skandal 1MDB.
00:11Dalam perkataan yang dikeluarkan hari ini, AMK berkata skandal itu telah memberikan kesan langsung kepada rakyat dan ekonomi negara dengan jumlah kerugian mencecah lebih RM82 bilion.
00:22AMK menegaskan kehadiran Jolo di Mahkamah amat penting untuk melengkapkan proses keadilan dan membolehkan aset negara yang telah dijarah dikembalikan kepada rakyat.
00:36Justru ia menggesa kerajaan mempertingkat kerjasama dengan Interpol dan agensi penguatkuasaan antarabangsa bagi mempercepatkan penangkapan serta ekstradisi Jolo.
00:46AMK turut menyeru rakan-rakan dalam kerajaan perpaduan supaya terus memberi tumpuan kepada agenda reformasi institusi dan pengukuhan tak biurus.
00:56Pada Sabtu, Astro Awani melaporkan Jolo dipercayai menetap di sebuah kawasan elit di Shanghai, China menggunakan pasport Australia yang palsu.
01:04Perkara itu didedahkan oleh dua wartawan penyiasatan yang terkenal kerana membongkarkan skandal 1MDB iaitu Bradley Hope dan Tom Wright dalam siaran langsung khas Finding Jolo Jumat lepas.

Recommended