00:00Salam sejahtera, anda bersama saya Kabir Aziz. Kita teruskan dengan perkembangan yang kami baru terima.
00:06Mahkamah Session Petaling Jaya hari ini melepaskan bapa kepada Allah Yarham Zain Rayyan Abdul Matin,
00:11Zaim Ikuan Zahari daripada pertuduhan mengabaikan anaknya yang merupakan kanak-kanak autism 2 tahun lalu.
00:17Namun, isterinya Ismail Nira Abdul Manaf diperintah untuk membela diri selepas mahkamah mendapati terdapat kes prima fesi terhadapnya.
00:24Hakim Dr. Syahli Zawarno membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan
00:31serta meneliti keterangan 28 saksi sepanjang perbicaraan berlangsung.
00:36Menurut Hakim, pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen pengabayan terhadap Zaim,
00:41namun berjaya menunjukkan bukti mencukupi terhadap Ismail Nira bagi perbicaraan diteruskan.
00:47Ismail Nira Abdul Manaf kemudian memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah
00:51dari kandang saksi dan pihak pendakwaan boleh menyoal balas tertuduh.
00:55Pada 13 Jun tahun lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pengabayan
01:00terhadap kanak-kanak mereka di Mahkamah Session Petaling Jaya.
01:04Mengikut pertuduhan pindaan, pasangan itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan
01:09terhadap Zin Rayyan 6 kerana telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
01:16Salah itu didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsepuri Idaman, Damansara Damai,
01:21sehingga ke kawasan sungai berdekatan antara jam 12.30, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam keesokannya.
01:29Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31-1-A Akta Kanak-Kanak 2001
01:35dan boleh dihukum bahawa Seksyen 31-1 Akta Sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan
01:42yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000
01:45atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
01:50Pada 6 Disember 2023, Zin Rayyan ditemukan meninggal dunia di Anak Sungai Berhampiran
01:55kawasan Pangsepuri Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.
01:59Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang sebelum ditemui terbaring,
02:02kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.
02:05Teruskan bersama Estro Awani di semua platform untuk perkembangan semasa.
02:08Terima kasih kerana menonton!
02:14Terima kasih kerana menonton!