Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata ia adalah petunjuk jelas bahawa dasar fiskal serta inisiatif Kerajaan yang bersifat rakyat-centred dan menyeluruh, mula membuahkan hasil positif.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Unjuran pertumbuhan ekonomi negara 4.5% bagi suku kedua 2025 adalah bukti keperkesanan usaha reformasi kerajaan di bawah Kempimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:13Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ngakoming berkata ia adalah petunjuk jelas bahawa dasar fiskal serta inisiatif kerajaan yang bersifat rakyat sentet dan menduruh mula membuahkan hasil positif.
00:25Menurutnya disebalik tekanan global yang semakin mencabar permintaan domestik yang stabil dan keyakinan pengguna dan pelabur mencerminkan keberkesanan pendekatan kerajaan.
00:37Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini memaklumkan ekonomi negara diunjurkan berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025 berdasarkan anggaran awal mengatasi peningkatan sebanyak 4.4% pada suku tahun sebelumnya.
00:54Komin berkata sektor pembinaan dilapor terus menunjukkan momentum kukuh dengan jangkaan kadar pertumbuhan 11% diterajui oleh projek bangunan bukan kediaman dan perumahan.
01:06Sementara itu katanya sektor perkhidmatan dijangka berkembang sebanyak 5.3% meningkat daripada 5% pada suku sebelumnya manakala sektor pembuatan pula mencatat pertumbuhan 3.8%.
01:20Jangkaan pertumbuhan keseluruhan itu didorong permintaan domestik yang diperkukuh melalui pelbagai inisiatif kerajaan termasuk pelaksanaan sumbangan asas rahmah SARA, sumbangan tunai rahmah STR serta peningkatan gaji minimum yang telah membantu meningkatkan pendapatan serta kuasa beli rakyat.
01:38Bagaimanapun katanya, kerajaan terus berwaspada dengan risiko luaran seperti ketegangan perdagangan global dan perang tarif yang masih berterusan.

Recommended