00:00Sektor elektrik dan elektronik terus menjadi pemaju utama ekonomi Malaysia dengan mencatat pelaburan tertinggi dalam kalangan semua subsektor berjumlah RM55.8 bilion pada 2024.
00:12Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia, MPC, Dato' Zahid Ismail berkata, kejayaan ini disokong proses kelulusan yang dipertingkatkan,
00:21termasuk pelaksanaan model Industrial Green Lane, IGL, yang mempercepat pembangunan dan pelisanan projek perindustrian.
00:30IGL memudahkan urusan pelabur melalui penyerahan dokumen secara serentak dan kelulusan lesin dalam tempoh 24 jam selepas penerimaan sijil siap dan pematuhan CCC.
00:42Hasilnya, Malaysia melonjak 11 anak tangga ke kerudukan ke-23 dalam rangking daya saing dunia WCR 2025 yang diterbitkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan IM di Switzerland.
00:53Setakat ini, pendekatan IGL telah menyumbang kepada pelaburan bernilai berbilion ringgit, mewujudkan 20,000 pekerjaan dan menjana hasil RM500 juta kepada pihak berkuasa tempatan PBT.
01:05Pada 2024, Malaysia mencatat pelaburan keseluruhan sebanyak 378.5 bilion iaitu jumlah tertinggi pernah direkodkan dengan sektor pembuatan menyumbang 120.5 bilion.
01:18Daripada jumlah itu, pelaburan langsung asing FDI menyumbang 73.8% mencerminkan keyakinan global terhadap ekosistem perniagaan negara.
01:27Menurut Zahid, sektor elektrik dan elektronik kekal sebagai enjin transformasi utama melalui integrasi mendalam rantaian nilai semikondukter global.
01:36Ia mencipta pekerjaan berkemahiran dan memperkukuh rangkaian pembekal tempatan selari dengan matlamat strategi semikondukter negara dan pelan induk perindustrian baharu NIMP 2030.